join admya di FB

Perempuan Itu

 




 Semakin panas, Siera mula play victim, Emir mula sedar, dia sayangkan Khalish.Itulah Emir. Bila depan mata buat tak tahu.
 Korang boleh menonton drama ini di siaran tonton.
Lakonan mantap mimi lana sangat memberi kesan kepada penonton.

Perempuan Itu

Mulai 1 Jun 2023

Aplikasi Tonton 

Jumlah episode : 30 Episod

Sinopsis

👉Ibu bapa Khalish (Mimi Lana) mahu dia mengambil alih Madrasah Mujahidah tetapi dia menolak kerana mempunyai impian tersendiri iaitu menjadi peguam Syariah dan memperjuangkan pemerkasaan wanita. Kerana takut dengan pemikiran moden Khalish, ibu bapanya memutuskan untuk mengahwinkannya dengan anak kawan rapat mereka, Emir (Zul Ariffin).

 Walaupun pada mulanya Tengku Emir keberatan, dia meneruskan perkahwinan itu kerana dia seorang anak yang taat kepada ibunya. Selepas 4 tahun berkahwin, Emir akhirnya berjaya mendapat kepercayaan dan cinta Khalish, dan mereka sedang menanti anak sulung mereka. 

Namun, Khalish kemudiannya mendapat tahu bahawa Emir sebenarnya mempunyai kekasih rahsia bernama Seira (Siti Hariesa). Emir melayani Seira sama seperti dia bersama dengan Khalish, penuh dengan kasih sayang. Khalish berasa sangat dikhianati, malah jatuh sakit akibat tekanan yang melampau dan kehilangan anaknya dalam keguguran. 

Khalish kemudiannya menuntut cerai dengan bantuan Aryan, seorang Peguam Syariah yang juga rakan zaman kanak-kanaknya. Selepas bercerai, Khalish membina sebuah organisasi untuk memperjuangkan pemerkasaan wanita. Dia menjadi terkenal kerana sifat lantang mempertahankan hak wanita.

Jumlah Episode: 30 

Pengarah: Erma Fatima
Produksi: Rumah Karya Citra Sdn Bhd

Pelakon:
Zul Ariffin sebagai Nazril

Mimi Lana sebagai Adra Zulaikha

Siti Hariesa sebagai Seira

Amar Asyraf sebagai Aryan





Sayang sungguh drama ini tak dapat ditayangkan di kaca tv disebabkan kontroversi sebelum ini.

Comments