join admya di FB

Diandra: Tumpang Lalu Bang


Drama terbaharu 
#TumpangLaluBang akan bermula tau guys!
Misi pikat hati bakal abang ipar" 🥰

Sinopsis:

Mengisahkan Nizam (Tomok) jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Sofiah (Kilafairy). Sofiah tidak mengendahkan Nizam kerana dia berpegang kepada prinsipnya yang hanya akan melayan bakal imam yang cukup dan sempurna di matanya dan juga keluarganya. Akhirnya Nizam berjaya memikat hati Sofiah dan di situlah bermulanya cabaran baharu untuk mendapatkan restu keluarga Sofiah.

Ibu bapa Sofiah tidak memandang pada harta tetapi mereka menetapkan syarat bahawa Nizam perlu mendapatkan restu daripada lima orang abang Sofiah iaitu Sufian (Aidil Aziz), Sobri (Black Hanifah), Syahrin (Raja Afiq), Syamil (Afzan A. Rahman) dan Shuib (Danial Dashuki). Tindakan abang-abang yang bersikap ‘overprotective’ tidak akan bagi jalan mudah kepada Nizam.

Demi cinta, Nizam sanggup terima apa saja syarat yang dikenakan oleh keluarga Sofiah. Keadaan menjadi lebih rumit apabila ibu Sofiah, Emma (Ziana Zain) menjadi ketua dalang yang bertujuan mahu menggagalkan semua cabaran Nizam. Bagaimanakah Nizam dan Sofiah berhadapan dengan pelbagai cabaran yang diberikan? Berjayakah Nizam bertahan demi cintanya pada Sofiah?




Pelakon: 

  • Tomok sebagai Nizam
  • Kilafairy sebagai Sofiah
  • Black Hanifah sebagai Sobri
  • Aidil Aziz sebagai Sufian
  • Raja Afiq sebagai Syahrin
  • Afzan A. Rahman sebagai Syamil
  • Danial Dashuki sebagai Shuib
  • Ziana Zain sebagai Emma
  • Mahmud Ali Bashah sebagai En Latif




















Comments