join admya di FB

Slot Akasia: Bisik-Bisik Gelora

                                        



                                         

Redza Rosli kini bergabung bersama Raisya Senrose dalam drama adaptasi novel bisik-bisik gelora karya Fauziah Ashari. Trending drama. Arumi kini bertemu semula dengan Jad selepas 7 tahun.

  • Jumlah episode: 35
  • Slot: Akasia TV3
  • Produksi: Global Station Sdn Bhd
Sinopsis:
Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun am...at nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.
Selepas pernikahan mereka, Jad ditangkap dan dipenjarakan. Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.







Watak dan Pelakon:
  • Redza Rosli - Jad Izzudin
  • Raisha Senrose - Umi
  • Gambit Saifullah -
  • Mak Mah
  • Noreen


review:
Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mertuanya jauh dari kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang keluarga mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula membenci pada Jad yang dianggapnya menjadi punca semua malapetaka ini berlaku. Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbatkan ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?

Tidak mengahwinkan Arumi, mungkin anak gadisnya itu kian liar. Kini, sudah dikahwinkan, menantunya pula sudah menjadi ‘menantu hantu’. ~ Tuan Akalil

“Oleh kerana kau pun dah berhenti kerja dan orang pun tak tahu kau tu ada status isteri orang, apa kata kau tinggal aje kat rumah ni, tapi bukan sebagai isteri aku dan aku tak suka bela pelacur. Kau duduk sini, jadi orang gaji aku!” ~ Jad Izzuddin

“Kalau setakat kau nak aku masuk bilik kau, layan kau, tak mengapa Jad, aku akur. Tapi, aku tak akan benarkan kau lukakan hati anak aku sepanjang hidupnya. Jangan buat system barter dengan membabitkan perasaan Kif. Kif langsung tak salah apa-apa.” ~ Banin Arumi.

Comments