join admya di FB

Dukun Diva




Setiap orang ada cerita, Diva yang nampak grand pun mesti ada sisi tersembunyi menyimpan macam-macam rahsia. Apa cerita mereka?

Dukun Diva yang menggantikan I-Tanggang di Astro Citra saluran 108, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam bermula 6 Disember 2021. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.


Dukun Diva merupakan drama tempatan pertama yang membawakan kisah ‘female con artist’ dan 'anti-heroes'. Diarahkan oleh Ariff Zulkarnain dan idea asal Alfie Palermo. 
Sinopsis:
Mengisahkan tentang Rubiah Samsudin atau dengan gelaran popularnya Che Yah gagal menjadi pelakon terkenal dan kini bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam. Hakikat tersebut menyebabkan Che Yah sangat malu untuk pulang menemui keluarganya di kampung. Satu hari, Che Yah menerima panggilan daripada hospital memaklumkan kakaknya, Aishah sedang nazak. Di sini bermulanya perubahan dalam hidup Che Yah bila mengetahui dia bakal menjaga anak saudaranya, Lola seorang remaja yang bermasalah. 

Ketegangan mula berlaku di antara Che Yah dan Lola. Dalam pada masa yang sama mereka telah didatangi didatangi oleh Abang Long yang mengugut untuk membunuh Che Yah jika tidak membayar hutangnya. Mereka terpaksa mencari jalan bagi menyelesaikan hutang Che Yah serta menyelamatkan nyawa mereka. Lola mendapat idea. Jadi apakah yang mereka lakukan? ...‘They Put The Sham In Shaman’.

Episod 1 (Rubiah Samsudin The Primadona) 
Episod 2 (Happy, Together, Forever)
Episod 3 (Giselle, Oh Giselle)
Episod 4 (Kita Family)
Episod 5 (Camp Cinta Abadi)
Episod 6 (Che Yah’s Beauty Cream)
Episod 7 (You, Me and Jeju)
Episod 8 (Mengejar Mimipi)




para pelakon:
  • Nadia Aqilah sebagai Che Yah (Rubiah Samsudin)
  • Eyka Farhana sebagai Lola (Norlela Binti Hashim) 
  • Emelda Rosemila sebagai Dato’ DD (Dahlia Deela Binti Idrus) 
  • Tony Eusoff sebagai Zul (Zulkarnain Lim Abdullah) 
  • Siti Khadijah Halim sebagai Baby Riena (Sabriena Lim Binti Zulkarnain Lim) 
  • Kahoe Hon sebagai Daniel (Daniel Lim Bin Zulkarnain Lim) 
  • Adlin Aman Ramlie sebagai Dato’ Saddiq (Muhd Saddiq Bin Jermal)  xx xx La Saddique
  • Aloy Paradoks sebagai Sarjan Anep (Hanif Bin Zulkifli) xx Dato Ayden





Comments