join admya di FB

Drama Adaptasi Novel: Katakan pada Dia

 
Sakitkan bila cinta kita tak direstui keluarga…terpaksa memilih kekasih atau keluarga.Mampukah Yoke Line dan Johan menempuh cabaran ini bersama?

Drama bersiri 'Katakan Pada Dia' ini adalah adaptasi daripada novel 'Selendang Anum' karya Prof Lim Swee Tin, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Drama 26 episod ini diarahkan oleh Pali Yahaya, diterbitkan oleh syarikat produksi KalamArif Holdings Sdn Bhd. Mulai 12 Jun 2023 Setiap Isnin- Selasa 8 malam.

Jumlah episode : 26

Channel: RTM tv2

Sinopsis:

Mengisahkan tentang kegigihan dan ketabahan hati Yoke Lin, seorang gadis remaja yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM dan bercita-cita melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. Dalam penantian menunggu keputusan itu, Yoke Lin mengisi waktu lapangnya dengan melibatkan diri dalam pementasan sebuah drama bertajuk ' Keris Pusaka' yang bertujuan mengutip derma bagi mengisi tabung membina asrama anak-anak yatim pelbagai kaum di tempatnya. Penglibatan Yoke Lin berlakon dalam drama Melayu dengan memegang watak Anum mendapat tentangan daripada bapanya tetapi mendapat sokongan daripada Encik Phang (yang bersikap terbuka), Sakinah, Aida, Mona dan sebagainya.

Yoke Lin sebagai generasi baru Malaysia berusaha menjayakan pementasan itu bertujuan menguatkan perpaduan dalam kalangan penduduk kampungnya yang berbilang kaum. Akhirnya, selepas menempuh pelbagai halangan, ibunya memberi galakan dan diikuti oleh perubahan sikap bapanya yang menyokong kegiatan seni dramanya itu. Bapanya memberi selendang kepada Yoke Lin untuk digunakan dalam pementasan drama purba itu sebagai dorongan kepadanya agar usaha positifnya itu akan berjaya dengan cemerlang untuk mengutip derma bagi membina asrama anak-anak yatim semua kaum itu.

Pelakon:
Izzue Islam sebagai Johan
Nina Kho sebagai Yoke Lin
Silfeny Osman sebagai Sakinah
Meor Mohd sebagai Ikhwan
Shazia Rozaini sebagai Haslina 
Jasmine Ashraff sebagai Badariah





Comments