join admya di FB

Slot Lestary :Diari Seorang Suami


Nantikan drama bersiri 'Diari Seorang Suami' lakonan Afieq Shazwan dan Yuna Rahim bakal mengisi slot Lestary di TV3.


JUDUL : DIARI SEORANG SUAMI
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 12 November 2021
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam

Sinopsis :

Hairi (Afieq Shazwan) dan Neesa (Yuna Rahim) berkahwin pada usia muda walaupun tidak direstui oleh keluarga. Masing-masing hanya berumur 18 tahun. Hairi berbekalkan sijil SPM manakala Neesa bakal menduduki peperiksaan STPM. Mereka telah membuat keputusan untuk berkahwin lari.

Mereka berdua mula menjadi gelandangan di Kuala Lumpur. Malahan, mereka juga tidak mempunyai arah tujuan dan pekerjaan yang tetap. Di situ, Hairi dan Neesa terpaksa melalui pelbagai onak duri hidup dalam kalangan masyarakat gelandangan. Kisah hidup mereka bertambah rumit selepas Neesa disahkan mengandung. Semuanya dicatatkan di dalam diari Hairi yang tidak pernah diketahui oleh Neesa.

Orang Kaya Azman (Keith Foo) muncul dalam hidup mereka dan mahu membantu Hairi dan Neesa. Orang Kaya Azman menawarkan pekerjaan kepada Hairi malah juga membenarkan kedua-duanya tinggal di rumah agam miliknya. Apakah yang bakal berlaku pada Hairi dan Neesa? Diari Hairi bakal menjawab hati dan perasaan seorang suami.



PELAKON : Afieq Shazwan, Yuna Rahim, Keith Foo, Fimie Don, Sani Sudin, June Lojong, Khal Isyaf



Ini merupakan kali pertama Afieq Shazwan memegang watak suami dan menggalas cabaran memikul watak karakter berat.

watak:
  • Afieq Shazwan sebagai Hairi
  • Yuna Rahim sebagai Nisa
  • Keith Foo
  • Fimie Don
  • Sani Sudin
  • June Lojong
  • Khal Isyaf


Comments