join admya di FB

Keluarga Untuk Disewa

 


Anda perlukan keluarga disewa? Jumpa kami pasti bahagia atau wang akan dikembalikan.Saksikan di TV9. Episode Akhir

Jumlah episode : 20
TARIKH TAYANGAN : 2 November 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 8:30 malam
Channel : Diandra TV9 / Disney+ Hotstar



Sinopsis:

Puan Sri Maryam mengumpulkan empat individu iaitu Alwi, Intan, Nora dan Fikri untuk diperkenalkan kepada cucunya Aina. PS Maryam mahu melantik mereka menjadi 'keluarga sewa' dan menyamar sebagai keluarga Aina dengan bayaran lumayan.

Alwi, Intan, Fikri dan Nora bersetuju setelah memikirkan masalah kewangan mereka yang semakin merudum setiap hari. Alwi dikejar Ahlong, Intan diganggu bekas suami meminta duit, Fikri kais pagi makan pagi dan Nora menyara adik-adiknya. 

Sementara mereka cuba membiasakan diri dengan watak masing-masing, Aina mula curiga. 'Keluarga Sewa' mula kelam-kabut untuk menutup penyamaran dan berlakulah berbagai kejadian lucu sampai rahsia mereka nyaris-nyaris terbongkar.

PELAKON : Adibah Noor, Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Fimie Don, Pekin Ibrahim, Fifi Laura Olivia, Afifah Nasir, Fimie Don, Sharifah Shahora, Avaa Vanja, Najua Pramlee, Henzi Andalas, Ustaz Syamsul Debat, Cat Farish, Nabil Aqil, Puteri Lofea, Mona Allen, Zalfa Zin, Kamal Bahar, Asha Merican, Maria Tunku Sabri, Johan Asari, Kazuto

Comments