join admya di FB

I promise janji anaqi



Drama 'I Promise Janji Anaqi' diadaptasi daripada novel karya Acik Lana, dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong. Drama ini bakal menemui penonton di Astro Ria mulai 6 Disember 2021, setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam.

Sinopsis :

Bergelar isteri sejak berusia sembilan belas tahun, Hayla tak pernah bahagia. Malah cukup terseksa tatkala menjadi mangsa keganasan suaminya sendiri. Perbezaan usia yang ketara membuatkan Zafran begitu keras menjunjung ego. Gila kuasa! Semua mahu diatur suaminya dari A to Z.





Lima tahun menadah sepak terajang, Hayla tekad untuk melarikan diri. Beberapa siri pertemuan dengan seorang pemuda 'tak berperasaan', perlahan-lahan telah mengubah rentak hidupnya. Dan siapa sangka 'tuan' yang mentadbir rumah agam tempat dia menumpang adalah orang yang sama. Pemuda tak ada perasaan itulah!





Watak dan pelakon:

  • Sharnaaz Ahmad sebagai Anaqi
  • Emma Maembong sebagai Hayla
  • Talha Harith sebagai Zafran

Comments