join admya di FB

Filem Proksi

 

Saksikan filem 'Proksi' yang mengangkat isu jenayah siber bakal menemui penonton bermula 18 November 2021 di Astro First saluran 480.

Sinopsis:
Mengisahkan tentang penggodam elit Sam (Bront Palarae) bersama rakannya, Aman (Allahyarham Ashraf Sinclair) yang telah melarikan diri ke Bangkok. Tanpa pengetahuan Sam, Aman menggodam ‘platform keselamatan data’ yang dikenali sebagai MYSOIL dan bekerjasama dengan Elle (Sangeeta Krishnasamy) untuk menjual data tersebut kepada kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai CARRIE di Bangkok. Dalam masa yang sama, Aman mencuri wang CARRIE. Seorang tentera upahan bernama Aqil (Remy Ishak) cuba mengesan dan mendapatkan kembali wang tersebut. Sam pula telah ditangkap dan disoal siasat oleh dua penyiasat, Roy (Faizal Hussein) dan Remy (Datuk Rosyam Nor). Sam berusaha mencari dalang sebenar di sebalik manipulasi data dan penyebaran "Berita Palsu" yang mampu membahayakan negara.

Sam, penggodam elit yang pernah disabitkan kesalahan, dihantar bekerja untuk ‘Cybersec Corporation’ di bawah pengawasan Elle. Rakannya Aman telah menggodam "platform keselamatan data" yang dikenali sebagai MYSOIL dan telah bersetuju untuk menjual data tersebut kepada kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai CARRIE di Bangkok. Ketika Sam mengetahui bahawa Aman bersekongkol dengan Elle untuk menggodam dan mencuri wang Carrie, pergaduhan yang lebih berbahaya meletus di Bangkok. Seorang tentera upahan bernama Aqil cuba mengesannya untuk mendapatkan kembali wang yang dicuri. 

Sam ditangkap dan diinterogasi oleh dua penyiasat, Roy dan Remy ketika dia kembali ke Malaysia. Secara sinis, Sam cuba memanipulasi beberapa peristiwa yang berlaku. Mengetahui Aqil mempunyai agenda tersendiri, Sam berusaha mencari dalang sebenar di sebalik manipulasi data dan penyebaran "Berita Palsu" yang mampu membahayakan negaranya.





Comments