Mak Ngah Gayah pula menjadi lumpuh selepas kemalangan itu. Ellana dan Mak Ngah Gayah berdendam dan berjanji akan merosakkan perkahwinan Zarul dan Ellani. Gigihlah Lani menjaga Mak Ngah yang lumpuh setelah ditinggalkan Lana.
Sikap dan kasih sayang Zarul akhirnya membuka hati Ellani untuk menyayangi lelaki yang sudah bergelar suami dalam hidupnya.Selepas Ellana kembali dari luar negara, dia mula bertindak untuk merampas semula Zarul untuk memastikan Ellani menderita dalam hidupnya. Zarul mula berubah hati dan kembali mendekati Lana dan bersikap kasar pada Lani.
Pada masa sama, Amirul (Farhan Asri) kini mendapati dirinya sudah jatuh cinta kepada Ellani. Namun, dia tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan Ellani kini sudah menjadi isteri abangnya.
Akhirnya Lani tekad untuk berpisah dengan Zarul. Terkedu Zarul mendengarkannya. Tambahan pula, Mak Zarul meninggal dunia. Namun selepas berpisah dengan Lani, barulah Zarul tahu rahsia besar Lana dan dia menyesal mennceraikan Lani. Lalu, Zarul memujuk Lani untuk rujuk kembali.
Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta Zarul dan Ellani? Mampukah mereka mempertahankan rumah tangga mereka?
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq