join admya di FB

Pendosa ingin ke syurga


 Kisah yang meruntun jiwa

Drama ni dikeluarkan pada 2018. 

Sinopsis :
Abdullah berkahwin dengan Aishah, namun disebabkan pendapatan bekerja di kampung tidak sebanyak mana, dia memutuskan untuk mencari rezeki di bandar. Abdullah meninggalkan isterinya di rumah ibunya tanpa mengetahuinya isterinya sedang mengandungkan anak mereka. Ibu mertua Aishah melayan Aishah dengan kasar sepanjang ketiadaan Abdullah kerana tidak begitu menyukai Aishah namun Aishah hanya bersabar dengan kerenah ibu mertuanya.

Abdullah yang berjanji akan kerap pulang ke kampung sudah tiada khabar berita sehinggalah anak mereka, Murni dilahirkan. Aishah terus membenci suami dan langsung tidak berusaha mencari suaminya untuk memberitahu tentang anak mereka, Murni kepada Abdullah. Murni pula semakin dewasa dan mula memberontak dan akhirnya melarikan diri dari rumah mengikut kawan untuk bekerja di bandar. Murni yang terperangkap dijanjikan dengan pendapatan lumayan rupanya bekerja di kelab malam kepunyaan Abdullah yang telah lupa diri setelah kaya dan dirinya dikenali dengan gelaran Shawn dan melakukan kerja-kerja haram.

Akhirnya Shawn mengahwini Murni tanpa mengetahui asal-usul Murni dari mana. Setelah beberapa tahun mengahwini Murni, Shawn mula berubah dan menginsafi diri. Mengajak isteri berubah dan akhirnya kembali ke kampung untuk meminta maaf kepada ibu dan isteri. Di situlah terbongkar segala rahsia yang tertutup selama ini di  mana rupanya dia telah berkahwin dengan anak kandung sendiri.

Admya :
Banyak pengajaran dalam drama ni. Pasangan jika berpisah or bercerai ambilah tahu tentang anak-anak supaya tak terjadi seperti dalam drama ni. 
Banyak je kes abang kahwin adik sbb tak tahu 1 keluarga. 

Comments