join admya di FB

Kau Ceo Aku(Adaptasi Novel) Tonton Link Available






Kini tayangan
Episod: 26
Tarikh Tayangan: 23 Mac 2023
Waktu Siaran: Setiap hari, 6.45 petang
Rangkaian: TV1 slot Widuri

Dari seorang majikan egois a.k.a 'bapa singa' menjadi seorang suami? Danial Firdaus, lelaki yang diburui kerna harta, rupa. Tapi siapa sangka jodohnya disatukan kedua ibu bapanya bersama Aisya Sofia. Gadis yang berpendidikan tapi masih dididik penuh agama. "CEO kita yg dah macam singa tu kau tak kenal?" - Fatini

"Awak, nak pergi honeymoon tak?" - Aisya Sofia
"Kalau kau nak pergi, pergi lah sorang-sorang. Kalau nak pergi dengan aku, honeymoon kita dekat lobby office."- Danial Firdaus
"Kau atau aku perampas? Aku kenal Danial dah berbelas tahun! Kau kenal dia baru setahun!" - Mila Armilia
"Ini kesilapan terbesar aku pernah buat, jatuh hati terhadap wanita selain isteri aku" -Danial Firdaus
"Kalau ini takdir kita berdua, Aisya terima dengan hati terbuka" - Aisya Sofia

Kerana sahabat bertukar menjadi cinta, rumahtangga mereka makin goyah. Bertahankah Aisya dengan pilihan keluarganya? Bertahankah Danial Firdaus untuk terus ego dan menafikan kebahagiaan yang muncul tanpa disedari? Semuanya sudah tertulis dalam KAU? CEO AKU? 

Terbitan Country Universal

Sinopsis:

Aisya Sofia menikah dengan Danial Firdaus kerana pilihan keluarga. Danial adalah CEO di tempat kerjanya. Orangnya handsome tetapi ego dan sombong melangit. Setelah berkahwin dugaan menimpa satu-persatu. Semua gara-gara Mila, teman rapat Danial. Anak yang dikandung selama 6 bulan meninggal gara-gara Mila. Selepas itu Danial minta untuk berkahwin dengan Mila kerana mahu melindungi dirinya dan mahukan zuriat. Aisya Sofea hanya memendam perasaan dan akur dengan kata-kata Danial. Nasib baik Aisya mempunyai ramai yang menyayangi dirinya. Anis, Syafiq dan Hakimi. Mereka bersusah-payah mencari bukti untuk mempertahankan hak dan kebenaran Aisya.


WATAK PELAKON 
Azrel Ismail sebagai Danial Firdaus
Puteri Aishah sebagai Aisya Sofia
Neera Azizi sebagai Mila Armilia
Amelina sebagai Datin Faridah

Comments