join admya di FB

Sinar Yang Dinanti (Beto Kusyairi & Tiz Zaqyah)

 

Beto dan Tiz kembali di kaca tv dengan drama baru

WAKTU SIARAN : Selasa, 7 September 2021, 9:00 malam 
SIARAN TV : TV2 (RTM)



SINOPSIS SINAR YANG DINANTI
Hafiz menjadi ketua keluarga setelah kematian bapanya. Tanggungjawab besar tersebut membuatkan dirinya menjadi tegas dan panas baran. Suatu hari Sofea, bekas kekasihnya pulang ke kampung. Hafiz dan Sofea Kembali berkawan namun tidak disenangi pendudukan kampung kerana Sofea pernah bekerja sebagai GRO Ketika di Kuala Lumpur. Hal tersebut membuatkan panas baran Hafiz semakin tidak terkawal. Dia hampir mencederakan Rizal selepas Rizal menghina Sofea. Kerana bimbang dengan panas barannya yang semakin menjadi-jadi, Hafiz mengambil keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur bersama Sofea untuk perbaiki diri. Keputusan Hafiz membuatkan ibu dan adik-adiknya kecewa kerana mereka hilang tempat bergantung.

PELAKON : Beto Kusyari, Tiz Zaqyah, Zul Helmy, Normah Damanhuri, Nelissa Emielda, Lia Natalia, Razman Mahayuddin, Naza Manas, Bidin Huzaifah, Norfadilah Zainudin, Airil Hafiz, Shamer Rashid


Comments