join admya di FB

Slot Lestary: Hello Jangan Tapau Cintaku(adaptasi novel)

 



Cinta itu seperti angin, kau tidak bisa melihatnya tapi bisa merasakannya.

Cerita mengisahkan tentang seorang gadis Ain Dheya yang berjumpa dengan anak hartawan yang menyakitkan jiwa.Drama bersiri 13 episod ini diterbitkan oleh MacheAllStar United Sdn. Bhd, diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dengan nukilan skrip oleh Norazwanizan Awang.
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 4 Ogos 2021
WAKTU SIARAN : Rabu-Sabtu, 9.00 malam 
SIARAN TV : Slot Lestary TV3

Sinopsis:

Drama ini mengisahkan Ain Dheya yang baru mula bekerja di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota. Berasal dari keluarga yang susah, Ain Dheya belajar cara hidup sederhana dan berjimat cermat.

Dikenali dengan panggilan ‘Minah tapau’, Ain tidak kisah pandangan orang lain, yang paling penting dia tidak suka membazir. Niat utamanya ialah meringankan beban ibunya, Mak Jah di kampung.

Ain mula mengenali perangai bosnya, Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros, suka menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan sombong.

Apabila Ash Fayyad menawarkan gaji bulanan sebanyak 5 ribu kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga dan mengurus adik perempuannya yang berkerusi roda, Ain Dheya yang pada waktu itu sangat terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah orang tuanya menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang.

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Drama ini juga boleh ditonton di perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama.




Pelakon:

Nafiz Muaz sebagai Ash Fayyad
Elisya Sandha sebagai Ain Dheya
Eyka Farhana sebagai Anne Dayana
Syerinie Myra sebagai Alia
Lisdawati sebagai Mak Jah
Azri Iskandar sebagai Pak Long Asmadi
Amyza Aznan sebagai Mak Long Midah
Dynas Mokhtar sebagai Puan Anisa






Comments