join admya di FB

Ghaib TV3(update link tonton)

 

Guess what?? Drama adaptasi daripada novel Projek Seram Terowong (tajuk GHAIB) kini di tv3. trending. complete 10 episode

Projek Seram Terowong ni mempunyai TIGA CERITA yang dihasilkan oleh tiga penulis iaitu A.Darwisy, Zaifuzaman Ahmad, dan Syasya Bellyna.

  • LRT karya A. Darwisy
  • GHAIB karya Zaifuzaman Ahmad
  • TUMBAL TEROWONG TERAWANGAN karya Syasya Bellyna.

EPISOD : 10
TARIKH TAYANGAN : 10 Ogos 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:30 malam
SIARAN TV : TV3

Arahan Ken Kim dan diterbitkan oleh Orangetree Production.

Penulis skrip Aida Adia.

Lakonan mantap Shukri Yahaya, Siti Elizad, Eyka Farhana, Joanna Bessy, Ramli Salleh, dan ramai lagi!

Drama ini telah pun ditayangkan di tonton pada 2018.






Sinopsis:

Berlatarkan kisah di sebuah kolej yang mana belakang bangunan terdapat gua terbiar. Suatu malam, empat pelajar kolej Mimie, Jessica, Nina dan Suzi masuk ke dalam gua untuk bermain spirit of coins dan menyeru roh penunggu gua. 

Satu lembaga yang dikenali sebagai hantu Mona muncul dan mereka berlari keluar dari gua dan menyedari Mimie tiada bersama mereka.

Detektif Riza dan Sarjan Anita diarahkan menyiasat kejadian itu namun mereka tidak percaya dengan kewujudan hantu Mona.

Pengetua kolej itu, Puan Maurice meminta pihak polis merahsiakan perkara berkenaan demi menjaga nama baik premis terbabit dan tidak suka dengan kehadiran detektif di kolej tersebut.

Malangnya selepas kejadian tersebut  Jessica sering diganggu oleh hantu Mona dan tiba-tiba menghilangkan diri dari kolej.




Comments