join admya di FB

Drama Singapura: Siapa Jaga Mak

Saksikan drama bersiri dari Singapura bertajuk 'Siapa Jaga Mak' diilhamkan daripada kisah-kisah benar yang pernah dialami para pengasuh. 

EPISOD : 13

TARIKH TAYANGAN : 5 Ogos 2021 
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 5 Ogos 2021, 6:00 petang
SIARAN TV : Astro Prima



Sinopsis:

Menceritakan tentang empat keluarga yang menghadapi pelbagai emosi dalam penjagaan orang tua. Dapatkah konflik keluarga, masalah kewangan dan peranan berbeza dapat dileraikan dan menyatukan keluarga ini atau sebaliknya?

Norliza – seorang anak yang terpaksa jaga mak dia kerana adik-beradik sibuk. Terpaksa berhenti kerja walaupun baru dinaikkan pangkat. Anaknya yang baru saja bersalin tidak diberi perhatian. Maknya tak sukakannya. 

Mariam – seorang pensyarah yang ingin jaga ibunya kerana ingin mengelak perkara buruk daripada berlaku. Tersepit dalam pergaduhan/hubungan ibu bapanya. Pada masa yang sama, anak-anaknya tidak serasi dengan suami barunya.

Hasanah – seorang wanita bekerjaya berjaya yang sibuk menjaga kedua ibu bapa sehingga lupakan kehidupan sendiri. Seperti tiada love life dalam hidupnya. Lebih rela menjaga kerana kejarkan pahala.

Danial – seorang belia yang sibuk dengan kerja sekolah dan masih melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang cucu untuk menjaga neneknya kerana kededua ibu bapanya sudah bercerai.

WATAK PELAKON
Aishah Ahmad sebagai Norliza
Fauziah Zie sebagai Rosmah
Suhaillah Salam sebagai Mariam
Den Sabari sebagai Adam
Fadilah Samsudin sebagai Hasanah
Fauzah Mohd Noor sebagai Umi
Freda Mel sebagai Ani
Hasif Nasir sebagai Danial
Iskandar Ismail sebagai Norman


Comments