join admya di FB

Checklist Mr Right TV3

 


Nantikan drama baru di TV3. Siapakah Mr Right Nina?

  • EPISOD : 13
  • TARIKH TAYANGAN : 25 Ogos 2021
  • WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 6:30 petang
  • SIARAN TV : TV3 (Slot Sakura)

SINOPSIS CHECKLIST MR RIGHT
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Nina Suraya ‘instafamous’ yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis skrip. Rancangan Nina untuk mendedahkan kecurangan Zach tidak berhasil apabila warga netizen lebih berpihak kepada Zach. Video pergaduhannya dengan Zach tular di media sosial dan Nina menerima kecaman yang hebat  sehingga mengambil keputusan untuk melawat sepupunya, Niesa di Johor Bahru. 

Nina mahu menutup pintu hatinya dan percaya lelaki idamannya tidak akan wujud di realiti. Niesa pula telah menyuruh Nina menyenaraikan ciri-ciri lelaki idamannya. Nina telah dibawa ke pantai dan diberikan botol kaca. Niesa mencadangkan kepada Nina untuk membuangkan nota dalam botol itu dan melontarkannya ke dalam laut kerana lelaki yang digambarkan itu hanya wujud dalam dunia fiksyen. Nina mula mengalami kekalutan apabila bertemu seorang lelaki misteri, yang mempunyai kriteria persis lelaki idamannya seperti yang dicatatkan di dalam nota itu. 

Comments