join admya di FB

Ayat Ayat Halal

 


Saksikan drama bersiri adaptasi novel #AyatAyatHalal (Ep. 13) lakonan Amar Baharin, Nadiya Nisaa, Fikhree Bakar, Razak Ahmad dan Lan Siro pukul 8.00 malam ini di TV2

Sinopsis:

Hasrat Ustaz Hasan untuk memberi kuih pada Ulya terbantut selepas melihat Eb memaut tangan Ulya ketika dia terjatuh semasa bersembang di luar rumah. Dia yang kecewa telah menyampaikan berita tersebut ke pengetahuan Pak Ayop dan juga bertindak menegur Eb ketika bertemu di surau. Pak Ayop menenangkan Eb yang tidak berpuas hati dengan tindakan Ustaz Hasan menegurnya.




Novel:

Sampai saja depan pintu pagar rumah aku, ada plastik merah tergantung elok di pagar. Bila aku tengok isi dalamnya, ada sebekas... Kek pandan. Siap ada nota bertulis tangan...
Anak Mak Cik Jah
Hmmm...
Nampak macam sedap.
Elok tutup pintu pagar, ada sebuah motor berhenti betui-betui depan pintu pagar aku. Aku tak nampak siapa sehinggalah lelaki itu mendekati aku dan memberi salam.
“Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam...”
Ustaz Hassan!
“Saya nak cakap sikit dengan awak.”
“Cakap apa tu, ustaz?”
“Haram hukumnya melamar atas lamaran orang kecuali perempuan itu sudah menolaknya atau diberi izin oleh pelamar sebelumnya atau pelamar sebelumnya bukan orang yang soleh.”
“Maksud ustaz?”
“Jangan kacau Ulya. Ulya sudah dilamar oleh saya.”
“Adakah Ulya dah bagi jawapan kat Ustaz Hassan?”
“Belum. Tapi saya pasti dia akan memilih saya.”
“Kenapa Ustaz Hassan begitu pasti? Ustaz Hassan dah tanya dia ka?”
“Dah.”
“Bila?”
“Tadi. Saya tanya dia sendiri, apa jawapan dia ke atas lamaran saya. Dia setuju. Saya harap, awak tolong jangan nak menghasut dia, kalau awak... Nak selamat. Assalamualaikum.”
Aku...
Tercengang.
Amboiii...
Cekeding macam cicak kubing... Ada hati nak ugut aku. Bawa motor pun macam motor yang bawa dia, lagi nak sound aku. Sahihlah, mesti Ustaz Hassan ada cakap apa-apa dekat Ulya sampai Ulya bertindak lain macam tadi.
Hmmm...
Aku kena buat sesuatu. Teruih aku Whatsapp group BroCode. Hanya Esmail dan Elyas saja yang boleh tolong aku. Apa dia ingat... Dia anak tok imam, aku takut ka? Aku azan tepi telinga dia, baru dia ada akai!
ANGAH – Jangan risau Long, angah akan panggil puak-puak angah. Dia nak main-main dengan ASP Esmail ka?
ADIK – Apa dia ingat dia imam solat tarawih... Dia boleh lepaih ka? Ini imam solat jenazah tau...!
Kek pandan anak Mak Cik Jah tu...
Aku lupa dah!

#AyatAyatHalal
Dalam buku Eb rapat dengan adik2x dia... dalam drama tak nampak depa ni. Rasa tak dak... Hangpa tengok ka drama?




Comments