join admya di FB

Arwah Pak Mat, Lif dan AJK

 

Filem terbaru di Astro First. Pasti tak kering gusi korang menontonnya.

Sinopsis:
Mengisahkan tentang Nordin, seorang pekerja kilang yang menjaga bapanya selepas kematian ibunya. Nordin tinggal di Flat Seri US, sebuah kawasan perumahan rumah pangsa yang terletak di Kuala Lumpur. Nordin dan bapanya tinggal di tingkat 25 di flat itu.

Keadaan di Flat Seri US juga meriah dan hangat kerana sedang berlangsung pemilihan presiden dan ahli ajk untuk musim terbaru. Berlaku perebutan kuasa antara Pak Mat Tahir dan Syamsul serta ahli ahli lain.

Namun berlaku kejadian yang tidak diingini, bapa Nordin telah meninggal dunia secara mengejut dirumah ketika majlis pemilihan sedang berlangsung. Keadaan bertambah kecoh selepas lif di rumah pangsa mereka turut rosak dan perlu mengambil masa yang lama untuk dibaiki.

Pelbagai halangan dan cabaran perlu ditempuh oleh Nordin dalam membawa turun jenazah bapanya dengan pelbagai masalah serta isu yang sedang terjadi di Flat Seri US.

WATAK PELAKON
Joey Daud sebagai Nordin
Taukeh Jambu sebagai Norman
Jalil Hamid sebagai Pak Mat Tahir
Ropie sebagai Shamsul
Wafariena sebagai Ayu
Man Raja Lawak sebagai Mat Be
Wan Gegau sebagai Pak Mat
Anas Ridzuan sebagai Nan

Comments