join admya di FB

Samarinda: Saat Takluk Cinta Ini







Drama adaptasi novel karya sara hezra.
Percintaan mereka bakal diuji. Mampukah mereka bertahan hingga ke ahirnya? episode akhir

Jumlah episode: 15
Produksi: Kembara Sufi Sdn Bhd



Sinopsis:

Rahhal yang tak ada pilihan, perlu meninggalkan kerjayanya dan balik ke kampung apabila emaknya jatuh sakit. Namun kepulangannya tidak disenangi Fakhril. Fakhril bertindak merampas rumah pusakanya.

Rahhal tidak mudah mengalah. Tetap kental, dia membangunkan tanah milik emaknya dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ikan.
Kehadiran Haira yang menumpang di pondoknya membuatkan hatinya mula disapa cinta dan ternyata gadis cantik itu sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan. Manisnya cinta tidak bias kalah teruji kemiskinan. Cinta mereka utuh.
Sedang mereka didakap hangat asmara, terbongkar pengkhiatan Haira. Rahhal kalap. Cinta yang memugar di hatinya berantakan. Hilang percaya saat bertebaran dusta dari gadis selembut Haira.
“Saat kau takluk cinta ini, saat itu juga kau hempas seluruh hatiku dengan pengkhianatanmu!”~RAHHAL TAUFIQ
Namun kata Haira, dia terpaksa. Dia mungkin berbohong banyak perkara tapi dia tidak pernah membohongi rasa cintanya.
Rahhal memutuskan untuk berhenti menyinta. Haira berikrar untuk terus bertahan setia. Rahhal penuh dendam, Haira terus sulit memendam.
Jiwa dan raga terpisah namun saat takdir mempertemukan mereka kembali, tegakah mereka bersua untuk kali kedua? Mampukah Rahhal menghulur maaf atau dia dia yang perlu meraih sebuah kemaafan seorang Haira Melissa?
“Cinta ini sudah menakluk seluruh atmaku, sehingga aku tidak lagi bisa merasa pahitnya dusta.”~RAHHAL TAUFIQ
“Ya, saat kau takluk cinta ini, tidak ada satu pun daerah dalam hati ini kau tinggalkan kosong. kerana ia telah terisi oleh hebatnya cintamu!”~MELISSA HAIRA


Pelakon dan watak
  • Idris Khan sebagai Rahhal Taufiq
  • Intan Najuwa sebagai Haira Melissa
  • Wafariena Roslan sebagai Kamelia
  • Shakilla Khoriri sebagai Khadijah
  • Syazwan Zulkifly sebagai Fakhril
  • Wan Maimunah sebagai Hajah Jamiah
  • Farhan Asri sebagai Rafael
  • Jasmin Hamid sebagai Datin Normah
  • Edika Yusof sebagai Dato Zhar
  • Aleza Shadan sebagai Mak Long Nisah
  • Zarynn Min sebagai Mak Ngah Damah
  • Qazem Nor sebagai Hamad
  • Raja Baizura sebagai Puan Sally
  • Jeri Ariffin sebagai Dato Harlan
  • Zul Salleh sebagai Tuan Ariffin
  • Raja Azmi sebagai Mak Jah
  • Ariell Izz sebagai Faizal
  • Asyiqin Zaed sebagai Nelly
  • Nurhazirah Zulkifli sebagai Syasya
  • Sri Idrina sebagai Ezaty
  • Abdul Hadi Ibrahim sebagai Azwan
  • Saifullah Mohd Ghazali sebagai Gazi

Lagu Tema (OST)
Takluk Cinta - Hafiz Suip
Takdir - Aliff Iskandar
Hebatnya Rasa Bercinta - Lakaa Idris

Tonton Saat Takluk Cinta Ini





Comments