join admya di FB

Drama Forensik


Salam semua. Ada yang minat cerita ala2 CSI?  Kini Malaysia juga ada drama seumpama itu. Saksikan  drama forensik yang diilhamkan dari kisah benar jenayah misteri setiap Isnin 9 malam di Astro Citra.
Drama ini dibintangi oleh Yuslina Yussof, fauzie laily, wan hanafi su.



Sinopsis:

Juliana Hamid seorang Head Crime Scene Specialist menyelesaikan kes pembunuhan sambil menjalin hubungan dengan Ins. Razali. Ayahnya, seorang pegawai polis yang telah bersara - berjuang untuk merahsiakan rahsia keluarga yang telah lama terkubur.

Episod 1 - Susuk tubuh tanpa kepala dan tangan dijumpai di Sg. Kanan. Sebelum Juliana pasukannya harus mengenal pasti mayat terlebih dahulu. Di rumah, Juliana mula syak terhadap ayah tirinya, Kamal.

Episod 2 - Ellyna, seorang gadis cantik ditemui mati dengan tempurung kepalanya yang retak di atas katil. Siasatan menjadi rumit apabila mereka mendapat tahu Ellyna mempunyai ramai teman lelaki pada waktu yang sama.

Comments