"Hadiah yang terbesar dalam hidup adalah persahabatan, dan KAMI telah perolehinya.." ❤❤
SINOPSIS ASSALAMUALAIKUM MUSTAFA
Mengisahkan tentang seekor kambing peliharaan Atok Budin (Kazar). Atok Budin terpaksa menjual kesemua kambing peliharaannya kecuali Mustafa, kerana kambingnya sering merosakkan tanaman orang-orang kampung. Amar (Adib Haziem) dan ibunya Aishah (Rozita Che Wan), anak kepada Atok Budin terpaksa berpindah ke kampung halaman iaitu Kampung Imam Lapar setelah kematian ayahnya Shauki. Aishah sangat berharap agar Amar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung.
Atok Budin gembira dengan kehadiran anak dan cucunya kerana tinggal keseorangan di kampung kecuali jika cuti semester, anak bongsunya Paksu Harris (Syazwan Zulkifly) akan berada bersamanya. Kegembiraan berganda buat Atok Budin apabila mereka dapat menyambut bulan Ramadan bersama anak-anak dan cucunya buat pertama kali. Pak Harris suka menyakat Amar dan ini tidak disenangi olehnya. Di kampung pula terdapat tiga orang kanak-kanak yang sebaya dengannya iaitu Yaya, Comel dan Ali. Namun Amar tidak menyenangi mereka kerana bagi Amar mereka ketinggalan zaman tidak seperti dia yang datang dari bandar. Amar sentiasa melihat Atok Budin bercakap dengan Mustafa. Dia pelik tetapi tidak mengendahkannya sehinggalah suatu hari dia seperti mendengar Mustafa memanggil namanya.
Dia menceritakan perkara itu kepada Atok Budin, ibunya dan Paksu Harris tetapi semua tidak percaya dan membuat kesimpulan yang Amar terlalu rindukan arwah ayahnya. Amar sedih dan akhirnya Amar menjadi akrab dengan Mustafa. Mustafa seolah-olah memahami masalah yang dihadapi oleh Amar dan menasihati Amar untuk berbaik dengan kawan-kawan baharunya. Bagaimana kesudahan Amar dan Mustafa? Adakah orang sekeliling mempercayai kata-kata Amar yang Mustafa boleh bercakap?
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq