Drama adaptasi novel Masih Ada Rindu, akan datang 2 Jun ini.
EPISOD : 16
TARIKH TAYANGAN : Jun 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
Sinopsis buku:
MASIH terasa manisnya detik bulan madu pabila secara tiba-tiba Hakim pergi meninggalkannya. Pergi begitu sahaja, tanpa pamitan tanpa sebarang pesan. Lalu kepada siapa lagi harus dia bergantung harap? Kepada siapa lagi harus dia mengadu nasib? Apakah sepanjang usia dia harus mengendong duka ini?
Syafika sedar, air mata bukan penyelesai masalah. Tangisan juga tidak mampu merungkai segala kekusutan. Ada kala dia tidak setabah itu untuk menghadapinya berseorangan. Ada ketika dia tewas jua.Tatkala hati masih dibalut lara, muncul insan lain yang sudi menjadi pengganti. Namun, cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam dan tidak mungkin padam. Rindunya masih ada dan tetap menyala. Tapi dia sedar... perjalanannya masih terlalu jauh. Dia tidak harus karam dalam badai kerinduan ini. Dia tidak harus hanyut dalam arus cinta yang bukan miliknya lagi. Akhirnya, dia nekad untuk menerima.
Sayangnya, di saat kelukaan hampir pulih dan hati mula belajar untuk menyayangi, hatinya dilukai. Kecewa dengan apa yang terjadi, dia nekad melarikan diri. Dalam pelarian itu dia mula merasakan sesuatu. Dalam benci, kiranya masih ada rindu buat si dia.
Dan tanpa disedari... bibit-bibit cinta mula bersemi di hatinya.
Watak:
Mimi Lana sebagai Nurul Syafika
Halim Radzi sebagai Imran
Dayang Areeda sebagai Nasya
Kuna Muzani sebagai Hajah Noraini
Aleza Shadan sebagai Zaleha
Rahim Jailani sebagai Saifuddin
Aishah Ilias sebagai Syazwani
Fahmi Reza sebagai Badrul
Sri Idrina sebagai Rafidah
Review:
Kisah tentang cinta Syafika dan Hakim. Kisah cinta yang membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Namun sayang, hubungan cinta ni tak direstui oleh keluarga Syafika. Pada ibunya, Syafika terlalu muda untuk bergelar isteri. Hurm, betul jugak kan kata mak Syafika tu? hahaha
Episod perkahwinan mereka tak la panas hingga ke petang. Dalam kebahagiaan berbulan madu, Hakim pergi meninggalkan isterinya. Hakim menghidap penyakit asma. Kasihan Syafika sebab lepas permergian Hakim, barulah dia tahu yang dia berbadan dua. huhuhu
Kehadiran Hadi, abang Hakim yang pulang dari luar Negara membawa pelbagai rasa dalam jiwa Syafika. Apatah lagi anaknya benar2 rapat dengan ‘Papa’ Hadinya. Hadi sendiri sudah pun jatuh hati dengan adik iparnya sendiri. Erm, rasa cam part tukar tikar je hahaha lelaki pun boleh consider cam tu ke?
Tapi, masa Syafika nak menghulurkan cintanya ada pula scene yang tak seharusnya terjadi. Haishh, tak pasal2 Syafika lari membawa diri. Pemergian Syafika dan anaknya memberi kesan yang mendalam dalam hidup Hadi. Yang disayang tak mampu dilupa.
Dalam pelarian itu Syafika mula merasakan sesuatu. Dalam benci, kiranya masih ada rindu buat si dia. Dan tanpa disedari... bibit-bibit cinta mula bersemi di hatinya. Mahu atau tidak… Hadi masih melekat kuat dalam ingatan.

Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq