join admya di FB

Slot Akasia: Mr Bibik

 



Drama adaptasi novel Mr Bibik. Aduhai Firas,bikin pecah perut..best drama ni. Trending Drama.

HAPPY ENDING UNTUK Mr Bibik
Tapi puas hati sebab semua ada ending yuhuuu 👏🏻 Kecuali si Kent & Mukhriz lol…Mmg mengadakan si Arisya tiberla lari ~ mmg drama bethol, last2 kahwin dengan si Cumi penat2 je si Aulia nk berkorban onon-onon haha 🤪 patutla cumi tak suka dia kacau Firas, ada udang disebalik mee ghopenya lol…Kahwin jugakla 2 orang sepupu si Siti & Hud…Paling comel anak Firas & Aulia hihi…Firas dah ada agensi cuci sendiri, beli syarikat si Siti haha mmg forever Mr Bibik 🤣 Tapi Bos kot! Hahaha!


Kaulah Teman, Kaulah Musuh dan
Kaulah Syurgaku...”Sinopsis:
.
“Saya Firas Iman daripada Cuci Bersih Service. Majikan saya hantar untuk bersihkan kondo cik.” – Firas Iman
“Aku nak perempuan tau, bukan lelaki. Tak bolehlah bayangkan lelaki jadi pembersih rumah, tahu tak? Biasa lelaki ni tukang sepah rumah aje.” – Aulia Izzatunnisa
Hampir mengamuk Aulia apabila Siti, kawan baiknya menghantar seorang lelaki untuk membersihkan kondonya. Bukan perempuan seperti selalu. Mujur Siti berjanji tidak akan mengenakan sebarang bayaran jika dia mengizinkan lelaki itu bekerja. Mr. Bibik, itu gelaran Aulia kepada lelaki itu.
Kali kedua Firas datang ke kondonya untuk membersihkan rumah, mereka ditangkap basah oleh ayah dan tunang Aulia. Tan Sri Halim, ayah Aulia memaksa mereka berdua menikah.
Aulia tidak rela bernikah dengan lelaki yang kerjanya hanya sebagai tukang bersih rumah. Firas juga tidak mahu bernikah dengan perempuan yang tidak pandai mengemas rumah sendiri. Namun jika sudah jodoh, mereka akan bersatu juga.
Mukhriz, bekas tunang Aulia tidak pernah rela tunangnya menjadi milik orang lain. Dia berusaha untuk memiliki Aulia semula.
Saat mereka berdua mula menganyam cinta, satu rahsia telah terbongkar sehingga menyebabkan Firas menghalau Aulia.
“Kau memang keji, Aulia. Manusia paling menjijikkan yang aku penah jumpa.” – Firas
Apakah rahsia itu? Mampukah Aulia mempertahankan rumah tangganya bersama Firas? Atau dia akan kembali kepada Mukhriz?











admya:

ini kali keempat mereka berganding

2013 - Faizal x Zaara (LYMA)
2017 - Budin x Haneem (Trauma)
2020 - Jalil x Fatimah (Korban Kasih)
2021 - Firas x Aulia (Mr Bibik)



Tahniah team Mr Bibik

Comments