join admya di FB

Kisah Rumahtangga

 



Mengangkat kisah-kisah benar yang viral di Malaysia tentang masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri. 'Kisah Rumah Tangga' dengan kisah berbeza setiap 5 episod. Bakal bersiaran mulai 12 April 2021 setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7:00 malam di Astro Ria.


1)Mencantum Cinta
Pengarah : Aziz M. Osman
Bila hubungan suami isteri berantakan, anak kurang kasih sayang...
Tapi anak jugaklah yang nak menyatukan hubungan semula...

Pelakon: Naqiu Mohd, Intan Najuwa, Sheila Mambo, Asyiqin Zaed, Shah Iskandar, Kasseh Kishreena

2)Abah Kau Mak Kau Family Kita
Pengarah : Waan Hafiz
Pelakon: Azad Jasmin, Eira Syazira, Cassia Iman, Hana Tiha, Sheikh Baseer

3) Rindu Salah Alamat:



Episod 1 - Fatin resah mendengar kes curang rakan baiknya namun yakin suaminya Iman, tak mungkin akan berbuat sedemikian. Sangkaannya meleset apabila ada kek istimewa yang dihantar kepada Iman dari gadis bernama Ayu.

Episod 2 - Fatin mula curiga dan tertanya-tanya tentang Ayu, gadis yang menghadiahkan kek kepada Iman. Rakan-rakan Fatin mula menghasutnya dengan mengatakan itu adalah tindakan permulaan suami yang bakal curang, sama serperti suami mereka. Fatin mula perhatikan Iman dan perasan yang Iman sudah berubah dan banyak berahsia.

Episod 3 - Fatin semakin yakin Iman curang terhadapnya dan bila bersemuka, Iman selalu mengelak. Fatin memulakan siasatan sendiri tentang Ayu. Maklumat yang diperolehi dari peniaga kek memberi kejutan kepada Fatin

Episod 4 - Setelah disiasat latar belakang Ayu dan mendapat pengesahan daripada peniaga kek yang sebenarnya kek itu dihantar ke alamat yang salah, Fatin mula rasa lega kerana tiada bukti yang Iman curang terhadapnya.

Episod 5 - Iman semakin lama semakin kuat berahsia dan mula menipu Fatin. Setelah didesak, Iman akhirnya mengaku yang dia memang ada menyimpan rahsia besar kerana risau ianya akan merosakkan rumah tangga mereka.

4) Ramadan Pengantin PKP.

Rais dan Sarah terpaksa berbulan madu di rumah selepas bernikah secara online di musim PKP tahun lepas. Videonya viral secara merta setelah mereka bergaduh secara langsung di media sosial menjelang Ramadan

Comments