Kini tayangan di TV3. Trending drama
Review novel:
Kisah Alissa yg dirogol ntah-siapa-siapa semasa menuntut di luar negara. Sendirian melahirkan dan membesarkan zuriatnya tanpa keluarga.
Kisah Zaquan - seorang anak dan adik yg terlalu dijaga kebajikannya hingga silap corak hidupnya. Seorang lelaki yg memusnahkan hidup gadis yg ntah-siapa-siapa. Hidup dalam kesalan bertahun-tahun dan sentiasa cuba mencari gadis dan zuriat yg diyakininya.
Sebuah karya yang sarat dengan pelbagai rasa sedih, geram, marah dan gembira. Kisah tragis kehidupan Alissa yang bermula pada suatu malam di kota Adelaide. Kesilapan Alissa hanya kerana dia berada di tempat yang salah, pada masa yang salah. Geram dengan Fara, yang kononnya sahabat baik Alissa. Geram juga kepada Iz yang bodoh membuta tuli mempercayai kata2 Fara sehinggakan tidak mahu mendengar penjelasan dari kekasihnya sendiri. Zaq, seorang lelaki yang bertanggungjawab. Setelah menyedari kesilapan yang dilakukan, dia mahu bertanggungjawab. Tambah merumitkan keadaan, bila dia mengetahui bahawa dia telah tersilap orang pada malam jahanam itu. Bersungguh2 Zaq mencari Alissa, demi menebus kesilapannya dahulu. Ameen Zaquan sangat keletah walaupun usianya masih muda. Setelah Zaq memiliki Alissa, muncul pula Daniella. Geram juga dengan Haris yang tidak berterus terang kepada Alissa, status Daniella...Kerana Daniella, Alissa membawa diri ke kota Adelaide.
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq