Karya Umie Nadzim kini kembali. Gandingan Aaron Aziz dan Sophie Koshka.
Nampaknya tajuk telah berubah. Apakah Cahaya mengetahui rahsia suaminya?Trending Drama.Best drama ni.
Sinopsis:
Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf!
Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain?
Tiba-tiba ibu Dean Ilyas bereya-eya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah.
“You ni serius ke Dean dengan rancangan orang tua you? Atau kerana terpaksa saja?” - ANGGUN
“Syurga anak lelaki kan di bawah telapak kaki seorang ibu.” - DEAN ILYAS
Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia.
Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam.
Tapi bahagiakah Cahaya bersuamikan Dean?
“Kita jangan berpisah boleh tak? Saya sangat selesa kawan dengan awak. Baik, memahami, tak pandang jijik pada saya... Awak ikhlas.” – DEAN ILYAS
Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hari kerana Allah, bukan kerana insan yang tak sepatutnya.
Tapi, bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban separuh seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu.
Mampukah kedua-duanya, menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya?
Dean Ilyas, tampak sempurna yang sememangnya menjadi lelaki idaman. Baik, hormat orang tua dan perfect dari segi fizikalnya. Namun begitu dia juga ada khilafnya. Mempunyai minat terhadap homoseksual iaitu perangai songsang. Insan tersebut, Izfairin.
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq