join admya di FB

Cinta Untuk Raf( Adaptasi Novel)

 




Kisahnya berlegar tentang manisnya cinta apabila ia diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Impian yang dipendam selama dua tahun oleh Orked dan Raf akhirnya tercapai jua. 

Sinopsis:

Raf anak tunggal yang suka dipujuk bukannya memujuk membuatkan Orked jadi keliru sendiri. Walau bagaimanapun, cinta Orked tetap kukuh buat Raf.Namun sayangnya manisnya cinta mereka menemui penamatnya apabila kemunculan skandal di antara bapa Raf iaitu Encik Rahman dan Tasya. Skandal itu menjadi titik permulaan kepada keruntuhan rumah tangganya kerana Tasya rupa-rupanya adalah Humaira, adik Orked yang dicarinya selama ini.

Raf dipaksa oleh ibunya, Puan Aqilah supaya menceraikan Orked apabila ibunya mengetahui pertalian di antara Tasya dengan Orked. Raf tidak mampu memilih. Orked pula tersepit.

Tambahan pula Tasya menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) iaitu kecelaruan identiti. Kerana hati yang luka, Raf terpaksa melepaskan cintanya pergi. Adakah Raf dan Orked mampu untuk menerima takdir yang ditentukan buat mereka?



  • Drama ini ditayangkan dalam  slot Bidadari di TV1 mulai 15 Februari ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 3.05 petang, drama arahan Zek Zukry, terbitan Open Echo Communications ini menampilkan gandingan pelakon utama Luqman Hafidz, dan Sasqia Dahuri yang menghidupakan watak Raf dan Dr. Orked.
  • Jumlah episode : 26
  • Cinta Untuk Raf menekankan isu kecelaruan personaliti iaitu ketidakstabilan trait personaliti yang menyebabkan gangguan.





Comments