Tajuknya menjadi bualan netizen sebelum tayangan, Rahimah Tanpa Rahim drama arahan Eoon Shuhaini kini trending. Drama ini dibintangi oleh Puteri Aishah, Azlee Khairi, dan Hafidz Roshdi. Siri ini memulakan tayangan di Slot Akasia TV3 22 Januari 2021 menggantikan Bidadari Salju.
Jumlah episode: 28
Sinopsis:
Mengisahkan tentang Rahimah (Puteri Aishah) yang menghidap sindrom MRKH- Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser (MRKH), satu kondisi dimana seorang wanita dilahirkan tanpa rahim dan tidak mampu untuk melahirkan anak.
Rahimah merupakan seorang yang penyayang dan baik hati kepada semua orang di sekelilingnya. Sungguhpun kehidupan hariannya sentiasa dicemuh oleh ibu tirinya, Mak Aini (Liza Abdullah), namun Rahimah tetap cuba untuk menyesuaikan diri di kampungnya dengan membantu jiran-jirannya.
Dalam masa yang sama, bapa Rahimah, Pak Akob (Badrul Muhayat) sering kelihatan mesra dengan rakan karib anaknya, Shida (Diana Dee DFKL). Perbuatan ini mampu dihidu oleh Rahimah, tetapi setiap kali Rahimah cuba untuk memberitahu Mak Aini, Mak Aini akan memarahinya kerana tidak mempercayai kata-kata Rahimah. Rahimah kemudiannya bertemu dengan Jauhar (Azlee Khairi), pengasas NGO remaja bermasalah. Ada sesuatu tentang keikhlasan dan kenaifan Rahimah yang menarik Jauhar untuk cuba membantunya. Namun kerana masalah itu melibatkan keluarganya, Rahimah takut maruah keluarga tergadai dan semakin cuba untuk menjarakkan diri daripada Jauhar.
Keadaan bertambah sulit bila Mak Aini yang tidak suka Rahimah berhubungan dengan Jauhar kerana tidak mahu nama keluarganya terpalit dengan tuduhan dan fitnah orang kampung. Mak Aini cukup pantang apabila orang kampung berbicara buruk tentang keluarganya. Namun, kemarahan Mak Aini memuncak apabila terjadi suatu tragedi yang melibatkan Pak Akob dan bermula daripada peristiwa itu, Mak Aini mengambil tindakan untuk menghalau Rahimah dari rumah selama-lamanya.
Apakah kaitan Rahimah dengan kes Pak Akob itu? Mampukah perempuan tidak sempurna ini bertahan dalam kehidupannya? Dan adakah Mak Aini mampu pertahankan nama baik keluarganya?
Tonton drama Rahimah tanpa Rahim
tajuk dia...bikin panas
ReplyDelete