join admya di FB

Kerana Korona

 




Cerita Khabir Bhatia tak pernah tak best. Jom layan Kerana Korona!
Kerana Korona adalah tiga kisah yang mempunyai pertalian di mana Zati (Rita) tidak bahagia bersama Razman (Rashidi). Meskipun suaminya sentiasa berada di rumah, namun mereka semakin menjauh.

Manakala, anak mereka, Harun (Idan Aedan) yang mempunyai cita-cita sebagai jurufoto, namun impiannya dipandang rendah oleh Zati dan Razman.Bosan kerana melihat ibu bapanya sering bertengkar, Harun mula keluar secara sembunyi ketika PKP bersama Maya. Manakala, adiknya Bob (Umar) berusaha menyediakan aktiviti di rumah untuk Zati dan Razman supaya mereka berbaik.

Kisah kedua mengenai doktor bernama Janna (Ummi Nazeera) yang berdepan dilema tanggungjawab dan pendirian.

Manakala, kisah ketiga mengenai warga emas, Leman (Jalaluddin) yang keras kepala dan abaikan prosedur operasi standard (SOP) sehingga merisaukan jirannya, Leila (Fatimah Abu Bakar). Sementara itu, Leila hidup kesunyian dan tidak berhubung dengan anaknya, Razman.



Sehubungan itu, saksikan filem Kerana Korona yang akan disiarkan Astro First di saluran 480. Anda juga boleh strim Kerana Korona di Astro Go atau On Demand.


WATAK PELAKON:
Rashidi Ishak sebagai Razman
Rita Rudaini sebagai Zati
Umar Shakur sebagai Bob
Ummi Nazeera sebagai Dr Janna
Idan Aedan sebagai Harun
Shasha Abedul sebagai Maya
Fatimah Abu Bakar sebagai Leila
Dato’ Jalaludin Hassan sebagai Leman 
Anwaar Beg Moghal sebagai Arman








Comments