join admya di FB

Samarinda: Misteri Mona (Episode Akhir dah!)

 


‘Misteri Mona’ adalah sebuah drama genre psiko thriller di bawah arahan Amor Rizan.Episode akhir. Banyak yang perlu dirungkaikan.

Drama yang penuh misteri,setiap episode speechless,memang penasaran
Korang mesti tengok drama ni.

Jumlah episode: 8
Sinopsis:
Mengisahkan Anom (Janna Nick) seorang wanita lemah lembut yang menghidap penyakit mental yang kronik. Suaminya, Dr Nadeem (Redza Rosli) risau akan keadaannya Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita bernama Mona yang sering menghantuinya. Dr Nadeem telah memberikan Anom segala ubat untuk membantunya mengawal kondisi halusinasinya, tetapi kerana pekerjaan Dr Nadeem yang terlalu sibuk, Nadeem mengupah Farah (Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya.

Farah merupakan seorang gadis yang jujur dan rajin mula menjaga Anom kerana dirinya telah menganggur sekian lama setelah tamat pengajiannya. Pada mulanya Farah selesa menjaga Anom, sehingga suatu hari, Farah mula melihat keadaan Anom yang sebenar apabila Farah terleka untuk memastikan Anom mengambil ubatnya, lalu Anom meroyan pada malam itu. Farah teruk dimarahi Dr Nadeem dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Ketika keadaan semakin baik, dan Anom juga semakin rajin mengambil ubatnya, Anom mula menyatakan bahawa dia sering mendengar suara seorang wanita di loteng rumahnya, lalu menyiasatnya sendirian. Farah terkejut apabila mendengar jeritan Anom lalu bergegas ke arah Anom. Ketika itu, sebuah kejutan besar buat Farah apabila Anom berkata, “Aku dah lepaskan Mona……”

Siapakah Mona? Adakah Dr Nadeem tahu kewujudan Mona di loteng selama ini? Mungkinkah Farah mangsa Dr Nadeem seterusnya?











Tonton/download episode:

Dalam episode 8(episode akhir)
Nadeem rupanya Fahmi, Fahmi adalah Nadeem
Mona adalah Anom, Anom adalah Mona. memang terbaik twist dia.

Dua-dua sakit rupanya.

Mona@Anom berjaya diselamatkan dan dihantar ke Pusat Rawatan.





Comments