join admya di FB

Gerak Khas The Finale



Drama Gerak Khas kini kembali di kaca tv tapi di channel TV3.

Kenapa Siri Drama Gerak Khas Bertukar Siaran Dari TV2 Ke TV3?


PUTRAJAYA: Setelah lebih 20 tahun bersiaran secara eksklusif di RTM, siri drama televisyen popular Gerak Khas bakal tampil musim akhir di stesen swasta TV3 mulai 4 Disember ini.

Pertukaran saluran itu turut menjadi perbualan dalam kalangan netizen tempatan setelah tular ‘trailer’ drama kepolisan tersebut disiarkan menerusi stesen berkenaan sejak Khamis lepas.

Ada pengguna media sosial meluahkan rasa marah dengan perubahan secara tiba-tiba itu selain ramai kehairanan mempersoalkan apakah motif TV3 pula menyiarkan drama tersebut.

“Apasal TV3 ambil Gerak Khas ni final pula tu. Selama ni bercinta RTM. Ternyata kalau bercinta lama pun dah tiada jodoh tidak kahwin juga,” ciap Irfan_newboys menerusi Twitter.

Ramai netizen turut mengulas isu berkenaan setelah TV3 mempromosikan drama itu melalui platform media sosial yang memaparkan sedutan sebahagian aksi musim akhir Gerak Khas.

Pentadbir stesen itu menulis kapsyen: “Akan datang! Nantikan #GerakKhasTheFinale akan bersiaran di TV3! Mesti ramai tak sabarkan nak layan. 

Tidak kurang juga ada netizen menyindir perubahan mengejut daripada RTM kepada stesen popular di bawah Media Prima Berhad itu kerana episod drama itu yang terlalu panjang.

“Punya la marah TV3 kat RTM, dia cakap macam ni ‘bak sini aku habiskan, kau buat dah beribu episod tak habis-habis lagi,” ciap netizen dikenali sebagai ajibtoo dalam akaun Twitter.

Kenyataan tersebut ada benarnya kerana Gerak Khas pernah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai siri drama televisyen paling lama bersiaran di negara ini pada 2009 lalu.

Gerak Khas mula ke udara pada 5 April 1999 menerusi TV1 sebelum ke TV2 pada 2006 dan diterbitkan syarikat Skop Productions Sdn. Bhd. Yang ditubuhkan oleh Datuk Yusof Haslam.

TARIKH TAYANGAN : 4 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Jumaat & Sabtu, 10:30 malam
SIARAN TV : TV3
PENGARAH : Datuk Yusof Haslam
PRODUKSI : Skop Productions Sdn Bhd
PELAKON : Datuk Yusof Haslam, Erra Fazira, Ungku Ismail, Norman Hakim, Izzat Mushtaq, Salina Saibi, Sheera Iskandar, Abby Abadi, C. Kumaresan, Sac Shaharon Anuar, Din Maidin, Farid Amirul, Z.Zambri, Siti Elizad, Dato Rahim Razali, Kismah Johar







Comments