Merembes-rembes air mata baca kisah ni.. Permulaan yang agak perlahan, pertengahan yang banyak mengundang emosi dan pengakhiran yang manis.
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 5 April 2019
WAKTU SIARAN : Jumaat, 6:00 petang
SIARAN TV : Salam HD (Unifi TV)
PENULIS NOVEL : Fatin Nabila
PENGARAH : Khalid Nadzri
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
Sinopsis:
SEJAK kecil Aman dan Qeena rapat ibarat kawan baik. Namun kemunculan Zeyra menggugat kemesraan mereka. Aman bagai terlupakan Qeena dek pesona kecantikan Zeyra. Hati Qeena hangus terbakar. Akhirnya, dia mengalah dan pergi membawa diri. Dia rela dibenci, dia juga sanggup disalah erti.
Aman tercari-cari bayangan Qeena. Dulu ada di depan mata, gadis itu sering disakiti. Kini bila hilang, dia nanar sendiri. Tapi Aman ego! Dia tidak berusaha untuk mencari. Padanya, biar masa yang menentukan, Zeyra atau Qeena yang jadi miliknya! Tapi, jauh di sudut hatinya ada ruang kosong yang tertinggal.
Pertemuan kedua dengan Aman terjadi tanpa dipinta. Ada rindu dan benci yang cuba Qeena rungkaikan. Namun, dendam dan amarah Zeyra melukakan hatinya sekali lagi. Kalau benar Aman milik Zeyra, biarlah dia terima lelaki lain sebagai pengganti biarpun tanpa rasa cinta!

LAGU TEMA DI SISIMU AKU
Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip
WATAK PELAKON
Nafiez Zaidi sebagai Aman Zarul
Eyka Farhana sebagai Qeena
Natasha Mahyan sebagai Zeyra
Dilla Ahmad sebagai Rohani
admya review novel:
Cerita ni mengisahkan kisah suka duka gadis muda bernama Qeena. Selepas kematian ibu bapanya, Qeena tinggal bersama keluarga Aman. Family Aman bukannya orang senang. Abah bekerja sebagai pengawal keselamatan dan mak mengambil upah buat kuih. Tapi Qeena dilayan seperti anak-anak mereka yang lain. Aman sangat protective towards Qeena tapi akan marah bila orang kata Qeena ni adik dia.
Krisis kewangan mereka bertambah serius selepas abah kemalangan dan tak boleh bekerja. Merasakan diri dia hanyalah beban, Qeena membuat keputusan untuk berhenti sekolah dan menjadi orang gaji di rumah jiran mereka. Teruk Qeena dilayan dan dicemuh. Status Qeena sebagai anak angkat pun diperlekehkan.
Hubungan Qeena dan Aman juga semakin renggang terutamanya dengan kehadiran Zeyra, anak tuan rumah tempat Qeena bekerja. Hubungan yang renggang terus terputus apabila keluarga Qeena datang untuk membawa Qeena pulang. Berat hati Qeena nak meninggalkan keluarga angkatnya. Tapi memikirkan kesempitan kewangan keluarga angkat dan tak mahu terus menjadi beban, Qeena pergi.
Sembilan tahun kemudian, Qeena dan Aman bertemu kembali. Hati kata mahu, tapi kerana salah faham, masing-masing fikir masa sudah terlambat. Aman ada Zeyra, Qeena ada Zamir. Tapi sepanjang mereka terpisah, nama Qeena tak lekang dari mulut Aman. Hati Qeena seolah tertutup untuk lelaki lain.

Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq