join admya di FB

Slot Akasia: Tak Sempurna Mencintaimu Episode Akhir







Drama 'Tak Sempurna Mencintaimu' diinspirasikan daripada novel karya Rehan Makhtar. Ending dia memang twist giler. update ep akhir

                             


JUDUL : TAK SEMPURNA MENCINTAIMU
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 29 Mac 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Eja Lorena, Marr Mohamad, Lynnda Sharuddin
PENGARAH : Emi Suffian
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Intan Najuwa, Rita Nadira, Fendy Bakry, Nafiez Zaidi, Aniq Suhair, Wan Maimunah, Azza Elite, Lydia Saimon, Ali Reza, Shah Khan, Scha Elinnea, Naim Shamshol

WATAK PELAKON
Redza Rosli sebagai Mustaqim
Intan Najuwa sebagai Siratul
Fendy Bakry sebagai Epul
Rita Nadira sebagai Melissa
Nafiez Zaidi sebagai Fiqri
Aniq Suhair sebagai Safwan
Azza Elite sebagai Kak Siti
Ali Reza sebagai Kyle
Shah Khan sebagai Kuca
Scha Elinnea sebagai Mawardah 
Naim Shamshol sebagai Rudy

LAGU TEMA / OST 
Khai Bahar - Durja




SINOPSIS TAK SEMPURNA MENCINTAIMU
Pertemuan antara mata redup dan mata kuyu itu tidak indah. Ia menyakitkan. Hinggakan si mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa. Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu itu. Selagi gadis bernama Siratul itu belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu sahaja. Ya, katalah dia kejam. Kenyataannya, memang dunia ini kejam! Dia juga pernah menjadi mangsa.

"Kau sindir aku lagi, kan?" -MUSTAQIM
"Tak... kalau betul koyak, saya nak tolong jahitkan" -SIRATUL

Wajah, lirik mata dan kata-kata Siratul kedengaran begitu jengkel pada pendengaran Mustaqim. Tapi entah mengapa... Yang jengkel itulah yang dia mahu pandang, yang mahu dia tatap dan mahu dia dengar.

"Aku buat kau gila dekat aku. Baru kau tahu..." -MUSTAQIM
"Memang dasar orang gila!" -SIRATUL

Hingga satu hari, bila Siratul mula membuka hati... Lelaki itu berdusta dengannya. Dia marah kerana rasa sayang yang mula bercambah.

"Kau beli adik aku dengan duit dan kau jangan ingat, kau mampu beli aku dengan duit kau!" -SIRATUL
"Bukan niat aku nak sakiti kau, Siratul..." -MUSTAQIM

Mustaqim bingung. Tak... Dia merancang yang indah sebenarnya. Kerana dihalau pergi, dia berlalu bersama cinta yang wujud buat pertama kali dalam hati.

Akhirnya, Siratul mengerti tentang apa yang telah Mustaqim lalui sepuluh tahun dulu hingga meninggalkan parut dalam angkara cinta yang dusta yang memaksa dia menjadi yatim piatu sebelum waktu. Cinta dusta yang menghantui hingga kini.

"Kalau dia tu, pedang yang menghunus... saya akan jadi perisai yang bantu awak bertahan." -SIRATUL

Tapi, benarlah. Merancang itu percuma tapi ketentuan boleh jadi berbeza. Mustaqim sekali lagi bertarung dengan ujian bila antara dia, Siratul dan Melisa... Hanya dipisahkan oleh satu garisan halus bernama kematian.

"You pergi dulu, Taqim. I akan menyusul..." -MELISA
"Tak bahagia di dunia, kau akan bahagia di syurga..." -SIRATUL
"Maafkan aku sebab dah bawa cinta tak sempurna dalam hidup kau..." -MUSTAQIM

Nyawa mereka berdua bagai di hujung helaan. Mustaqim bangkit bersama sisa-sisa nafas yang ada demi Siratul. Namum adakah dia masih gagah untuk menghayun pedang melawan ujian itu bula perisainya tumbang? Dia sendiri tak pasti.












Speechless setelah apa yang di’inspirasikan dari novel..Ending dkt Novel happy Ending Drama Sad Ending 360 darjah berbeza..Tragis betul hidup Sirat semua hilang dari Mak ke baby dalam perut sampaila ke Suami 😅 Taqim Taqim kesian ingatkan bahagia sampai ke akhir hayat sayangkan Sirat..Si Sirat pulak Dah tak ajar suami tu mengucap tak reti jgkla nak call ambulans..Last2 Sirat boleh pulak jadi lawyer.

Comments