join admya di FB

Hatimu sedingin salju







Lemme introduce you Arman & Nia in #hatimusedinginsalju  πŸŽ¬ 
Setiap Isnin- Jumaat 7 malam.

Nampaknya plan Nabil ngan mama dia, Datin Mimi nak kenenkan Arman & Rania hampir menuju kejayaan...πŸ₯°πŸ₯°
Di ketika Arman menemui Rania di tepi pantai tu lah kisah lama bagaimana Haikal berjaya menawan hati Rania terungkit semula... Namun apa yang Rania tak ketahui secret admirer dia yang selalu hantar hadiah ngan dia sebenarnya ialah Arman, bukannya Haikal tapi Haikal dengan muka tak malu selamba badak je sailang Arman.. Bila dah dapat Haikal sia²kan pengorbanan Arman pula... 😞😞😞
Patutlah Datin Mimi beria-ia nakkan Arman cepat berkahwin sebab dia khuatir dia tak berkesempatan nak tengok Arman tamatkan zaman bujang dia kerana masalah kesihatan yang dia hadapi... Tak pe Datin, tak lama lagi hajat tu akan kesampaian juga 🀭🀭
Sepatutnya kan Nabil gembiralah misi dia untuk satukan Arman & Rania sikit lagi berjaya tapi kenapa muka dia macam tak gembira? Apalah yang dia pendamkan tu eh?

Sinopsis:

Arman (Hisyam Hamid) tidak pernah memikirkan soal cinta kerana mementingkan urusan perniagaan diwarisi daripada ayahnya, Datuk Jamal (Mustafa Kamal) sekaligus membuatkan ibu bapanya resah berikutan umurnya yang semakin meningkat.

Suatu hari, adik Arman, Nabil (Hafeez Mikail)mendesak Arman menemaninya bercuti ke sebuah pusat peranginan di Langkawi untuk menyambut hari jadinya.

Seperti biasa Arman menolak tetapi selepas kalah dalam pertaruhan dengan Nabil, Arman terpaksa mengikut Nabil dengan syarat tidak lebih dua hari.

Arman bertolak ke pusat peranginan tersebut bersama Nabil tanpa mengetahui muslihat Nabil dan ibu bapanya untuk menemukan Arman dan calon isterinya, Rania (Aprena Manrose) yang juga rakan baik kepada ibu bapa Arman yang bercuti di tempat yang sama.

Tanpa Nabil ketahui bahawa Rania sebenarnya adalah gadis yang pernah mencuri hati Arman suatu ketika dahulu.

Arman terpaksa melepaskan Rania kerana mahu memberi peluang kepada kawan baiknya Haikal (Fadlan Hazim) yang sangat menyintai Rania.

Perasaannya dipendam sehingga menyebabkan Arman berputus asa untuk bercinta lagi. Adakah cinta Arman dan Rania akan bersatu?



Hi! My name is Rania, but you can call me Nia πŸ‘‹πŸ»
Siapa pernah mengalami keadaan dimana hari pernikahan pengantin lelaki tak muncul2? 









Tonton Hatimu Sedingin Salju

Comments