join admya di FB

Angkara Cinta

 




Berikutan sambutan hangat dan maklum balas positif yang diterima daripada para penonton, tayangan drama bersiri ‘Angkara Cinta’ kini disambung lagi sebanyak 45 buah episod baharu yang sepatutnya tamat pada episod 70. Total episod kini 115 episod.


JUDUL : ANGKARA CINTA
EPISOD : 115
TARIKH TAYANGAN : -
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6:00 petang
SIARAN TV : Slot Tiara (Astro Prima & Prima HD)

WATAK PELAKON 
  • Hun Haqeem sebagai LUQMAN
  • Meerqeen sebagai HAQEEM
  • Wanna Ali sebagai ADIRA
  • Datin Nina Juren sebagai MARIANI
  • Sharifah Shahora sebagai INDAH
  • Normah Damanhuri sebagai CIK MILAH
  • Ku Faridah sebagai PUAN LIZA
  • Yuna Rahim sebagai JIJIE
  • Syazwan Zulkifly sebagai REMY
  • Azhar Amir sebagai RAZLAN
  • Roy Azman sebagai ATAN

Sinopsis:
Menceritakan tentang dua susuk yang kebetulan berkongsi nama yang sama iaitu Luqmanul Haqeem bin Razlan. Luqman dan Haqeem membesar dalam keadaan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Seorang dilimpahi kemewahan manakala seorang lagi dihimpit kemiskinan.
 
Setelah dewasa, ditakdirkan mereka berdua menjadi sahabat baik dan masuk ke Akademi Polis bersama-sama. Mereka berkongsi segalanya bersama, melakukan aktiviti dan rutin susah-senang berdua, tanpa mengetahui hakikat sebenar mereka rupanya adalah adik-beradik berkongsi bapa yang sama.
 
Mariani (ibu Haqeem) dan Razlan bernikah di sempadan dan Razlan melarikan diri ketik Mariani mengandungkan Haqeem. Razlan rupanya berkahwin dengan Indah dan mendapat anak, Luqman. Razlan dilarang oleh ibunya untuk kembali kepada Mariani dan membuat cerita yang Mariani sudah keguguran.

Akhirnya, setelah beberapa insiden berlaku, kisah benar akhirnya terbongkar bahawa Luqman dan Haqeem rupa-rupanya adik-beradik satu bapa. Sejak itu, hubungan mereka mulai dingin dan pelbagai konflik mula tercetus. Apatah lagi, Indah tidak selesa dengan kehadiran Mariani dalam hidup mereka.
 
Ditambah dengan dilema cinta yang dihadapi antara Luqman dan Haqeem yang kebetulan mencintai gadis yang sama iaitu, Adira.  Konflik semakin mendalam bila kematian Aiman. Bagaimana nasib Mariani dan Haqeem seterusnya? Adakah Razlan akan menebus kesilapan dan kekesalannya melepaskan tanggungjawab terhadap mereka dahulu?
 
Apakah Indah akan berdiam diri? Tidak mungkin dia akan membenarkan Razlan membawa Mariani ke dalam hidup mereka. Apatah lagi, ia melibatkan harta kekayaan mereka yang mungkin akan turut dinikmati Mariani dan Haqeem kelak.
 
Kahwin dah jijie dengan haqim. 



Haqeem dan Luqman dah berbaik da...

Trivia 
  • jumlah episode asal 70
  • Drama bersiri ‘Angkara Cinta’ terbitan syarikat produksi Juita Viden ini telah diadaptasi ke format kisah melayu daripada drama asal ‘The Two of Us’ atau lebih dikenali dengan judul ‘Tayong Dalawa’ yang mana ia merupakan telenovela popular yang mendapat sambutan hangat di Filipina sekitar tahun 2009.

Comments