The spoiler datang lagi
.
Jangan risau. Sebab Mak Leha akan insaf nanti lepas Mia selamatkan dia daripada jatuh di bilik air sehingga menyebabkan Mia tumpah darah. Dari insiden ini lah Mak Leha dah start berbaik dengan Mia. Tapi semuanya dah terlambat untuk Mak Leha batalkan perkahwinan Nurul dengan Khuzairi.
Mak Leha mintak Mia pujuk Khuzairi supaya batalkan perkahwinan Khuzairi dengan Nurul. Tapi Mia yang ego taknak. Mia kata dia nak Khuzairi bahagia, dan dia berpegang pada janji. Masa akad nikah ni lah nanti Khuzairi marah sangat2 dekat Mia macam dalam gambar bawah ni. Sebab Mia macam taknak cuba pun untuk menghalang Khuzairi daripada berkahwin dengan Nurul. Khuzairi rasa macam Mia dah tak sayangkan dia lagi.
Babak Ri halau Mia
Padahal agenda Ri suruh Mia ada pada malam akad nikah tu kononnya supaya Mia halang lah Khuzairi daripada berkahwin dengan Nurul. Tapi Mia bengap orangnye, Mia biar je, dia tak halang pun. So disebabkan itulah Khuzairi sangat2 kecewa. Khuzairi marah dengan Mia dan menghalaunya daripada rumah. Tapi dihalang oleh Sofie, Nad, Zaidi, Pak Samad, Helmi dan Mak Leha sendiri. Mak Leha tu nanti sampai meraung2 mintak maaf pada Mia sebab semua masalah tu berpunca daripada dia. Tapi Khuzairi tetap menghalau Mia sebab baginya selama ini dia berkorban untuk Mia.
Tapi Mia masih lagi dengan egonya. Lepas tu Mia tinggalkan jugak majlis tu dalam keadaan sedih teramat. Sedang mereka semua bergaduh dan Mia berlalu pergi, majlis jadi kecoh, nanti akan muncul Mak Nurul membongkar semua kejahatan Nurul. Mak Leha apa lagi, mengamuk bagai laki kena rampas lah.
Babak Mia teringatkan Khuzairi lepas keluar rumah
Nanti Khuzairi masuk bilik menangis gila2 mengenangkan nasib, sampai lemah longlai badan dia, sehingga lah dia terdengar suara Mia bercakap dari luar majlis, "Nurul, kalau awak sayangkan abang Ri kerana dia lelaki baik, saya tak halang. Tapi kalau awak nak kahwin dengan abang Ri kerana duit dan harta, lebih baik awak join jual essential oil narinar je dengan Ana Narinar. Belajar lah berusaha sendiri.
.
Rezeki takkan datang bergolek Nurul, tapi kita lah yang kena bergolek baru rezeki nak datang pada kita. Macam ana narinar tu dapat beberapa angka sebulan bukan saja dia bergolek, dia bergelek berdangdut sekali jual narinar. Insaf lah Nurul.
.
Khuzairi masa tu hanya menelungkupkan wajah ke lutut. Cuba untuk bertenang. Lepas tu Khuzairi tiba-tiba terdengar suara Mia berbisik disebalik telinga Khuzairi, "Mia tak boleh tidur kalau takde lengan abang..."
Khuzairi menoleh ke arah suara Mia. Mereka pun saling bertatap sambil menangis dan memeluk erat masing2... Oh touchingnya !
.
Persoalannya, jadi tak Pak Samad kahwin dengan Nurul nanti?
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq