join admya di FB

Slot Akasia: Pengantin 1 Malam




Drama adaptasi novel 1001 malam. Updated
"Biar 1001 malam itu cuma sebuah dongeng, Namun aku mahu mencipta 1001 malam bersama mu, Zulaikha" - Zahred
🎼Hidup aku sudah di tentu
Seolah berpandukan peta
Biar dunia berputar pada paksinya
Namun kau tak di duga
Maafkan kerana menganggu
Terpaksa ku luahkan niat ku di sini
Maafkan kerana menunggu
Kan ku jelaskan rasa hati ku di sini🎶

Zulaikha cuma biarkan mutiara jernihnya menuruni pipi. Tidak mahu di kesat. Bibir nya mengukir senyuman manis.
Nafasnya sekejap-sekejap di hela perlahan. Bait-bait lagu nyanyian Cody ini benar-benar menusuk ke dalam hatinya. Apatah lagi saat ini di nyanyikan sendiri zahred hadri al haliq. Lelaki yang pernah satu saat dahulu di benci sepenuh hati. Lelaki yang tinggalkan memori pahit satu malam untuk diri nya. Tapi lelaki ini jugalah yang buatkan dia jatuh cinta. Lelaki ini jugalah buatkan dia cuba menelan dan memahami erti cinta. Cinta itu satu pengorbanan. Apa yang dia korbankan? Ya dia korbankan perasaan benci nya demi menerima lelaki ini.
Zahred sesekali memandang dirinya. Tersenyum dari arena pentas yang di hias indah. Ulangtahun syarikat tahun ini berbeza dari tahun lepas saat hatinya menolak cinta zahred Hadri. Di saat hati nya sungguh-sungguh membenci. Ya dia lah permaisuri Sharzad yang mencipta dongeng seribu satu malam lantas membuka hati sekeras krikil milik Shah Shariyal untuk ada sebuah kisah cinta yang bukan satu dongengan bersemadi di situ.
Dia mahu membunuh kisah pahit itu untuk di gantikan dengan kisah cinta yang indah.
Satu malam yang merubah segala
Satu malam buatkan hidupnya berbeza
Satu malam yang menemukan dia dengan benci dan cinta
Satu malam yang mencipta bahagia.
“Dari pentas tadi abang tengok Zu tak lokek dengan senyuman. Untuk abang atau untuk orang lain?”
Huluran jemari Zahred di sambut. Zahred kembali ke sisinnya.
“Salah ke Zu senyum?”
Zahred ketawa kecil
“Senyum dan airmata. Zu hayati lirik lagu tadi?”
Zulaikha angguk.
“Sengaja abang nyanyi lagu itu bukan untuk kembalikan memori pahit Zu tapi untuk bagitahu Zu satu malam itu telah mengubah perjalanan hidup kita. Kisah perjalanan kita dalam catatan Al Kahliq.
Genggaman jemari Zahred di eratkan.

Sakitnya dikecewakan bagai ditusuk sembilu bisa.

Perempuan! Mereka adalah golongan yang Allah ciptakan untuk memenuhi syurga dan neraka. Tapi Zahred terlupa yang wanita itu juga diciptakan untuk memenuhi kehidupan seorang lelaki.

Sejauh mana kau membenci cinta seorang wanita. Satu saat, DIA akan hadirkan pada kau seorang bidadari dunia untuk kau isi cintanya dalan hatimu
ZAHRED... ini bukan dongeng 1001 malam.
.
Ini adalah sebuah cinta antara kau dan dia bidadari paksina yang dikirimkan ke dunia ini.


Sinopsis drama:


Mengisahkan tentang Zahred dan Zulaikha yang mengambil keputusan berkahwin untuk 1 malam sahaja. Hubungan mereka terjalin bermula satu malam yang meresahkan hati Zahred dan menjadi mimpi ngeri buat Zulaikha. 

Hanya disebabkan duit, Zulaikha rela menjadi isteri 1 malam Zahred. Dan sejak itu lah, kisah 1001 malam Raja Shahriyar dan Permaisuri Sharzad asyik diulang- ulang. 
















penulis novel merupakan penulis novel yang sama dengan  drama Sayangku Kapten Mukriz



Comments