Farid Kamil dan Lisa Surihani kembali bersama dalam Drama Perlindung Seorang Puteri. Adaptasi novel karya Mia Kiff.Mesti korang tak sabar kan nak tengok drama #PelindungSeorangPuteri. Tengok teaser dia jer dah boleh rasa menarik betul cerita ni.
Sinopsis:
Mahunya tak terkejut, tiba-tiba muncul seorang lelaki menuntut janji nak berkahwin dengan dia? Katanya mereka pernah berjanji satu ketika dulu? Bila? Semasa kecil? Rose mana ingat? Melihat kesungguhan Saiful, akhirnya Rose terbuka hati menerima Saiful sebagai suami. Selepas berkahwin, ibu mentua, Mak Dak Liza masih tetap membenci Rose atas satu punca yang dia sendiri bingung. Salahnya dicari dan aibnya dicanang. Saiful pula, sentiasa membuatkan Rose tertekan dengan sikapnya yang aneh dan tak disangka-sangka. Sekejap penyayang, sekejap menyakitkan dan Rose cuba untuk bersabar. Adakah alasan itu menghalalkan kelukaan buat Rose atau Saiful cuma gunakan alasan sakit itu demi melindungi sisi jahatnya? “Betapa aku derita mencintai seorang perempuan bernama Rose. Hanya satu cara untuk menghilangkan sakit yang aku rasa, kau harus mati! Kalau kau nak terus hidup, sentiasa sihatkan jiwa aku dengan kasih sayang kau. Jangan sesekali buat sesuatu yang aku benci. Faham?” Muncul Hazril menjadi pelindung buat dirinya. Mampukah Rose menempuhi alam berumah tangga yang penuh onak duri ini atau Rose berundur akhirnya? Bahagiakah Rose dengan jalan yang dipilih? Siapakah yang menjadi Pelindung Seorang Puteri?
nantikan di TV
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq