join admya di FB

Cinta Yang Pulang






Izzue dan Nazeera akan berganding dalam drama terbaharu di TV1  - Cinta yang Pulang. Drama Adaptasi Novel. Kisah cinta tiga segi Noah,Adina dan Thia.

Mulai September 2021
Drama terbitan : Suhan Movies

Sinopsis:

Kisah tentang Adina Insyirah yang pernah disakiti Noah Imran ketika berusia 17 tahun. Noah menuduh Adina meyebarkan gambar yang tidak senonoh kekasihnya Thia. Selepas peristiwa itu, Dina  mengikut keluarga berpindah ke Australia. Barulah Noah tahu, sebaran gambar itu bukan dibuat oleh Dina. Noah menyimpan rasa sesal dan menunggu 12 tahun untuk mohon maaf pada Dina.

Pertemuan semula Noah dan Adina bagaikan pucuk ulam dicita. Namun bagi Adina, hanyalah dendam dan marah yang tersisa. Tapi jauh di sudut hati, Adina juga sebenarnya menyimpan rasa terhadap Noah.
Noah cuba sedaya upaya untuk memikat Adina. Dengan bantuan ibu mereka, Dina dipaksa menjadi PA Noah. Dengan restu keluarga, gelagat mereka yang seperti kucing dan anjing ini amat menghibukan. Tapi macam biasa, Thia kembali merebut cinta Noah. Thia telah merancang penculikan Dina dengan Datuk Shaziman. Rancangan mereka gagal kerana bantuan tiba tepat pada masanya.

Para Pelakon:
Izzue Islam- Noah
Nazeera - Adina.
Kuna- Badariah

Comments