Filem ini ditayangkan secara percuma di Iflix.
Sinopsis:
Setelah mengalami kekalahan dalam pilihanraya umum, presiden MUNA, Hassan mengambil keputusan melantik Suri, anak didik politik beliau sebagai timbalan presiden parti. Suri, dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan matlamatnya tercapai, termasuklah memastikan MUNA memenangi kembali pilihanraya umum seterusnya walau dengan apa jua cara sekalipun.
Review:
Inilah pertama kali rakyat Malaysia dihidangkan 100% politik. Memang thrill dan intense dari awal sampai habis. Tetapi filem ini tidak diterangkan dengan baik. Kadang kadang penonton boleh rasa ia sama seperti senario politik Malaysia. Ada masa penonton tidak diberitahu dengan jelas siapa watak dan apa prinsip dia. Secara keseluruhan, percubaan yang baik dari segi kelainan plot cerita.
Perlu ke babak di atas katil dipertontonkan? boleh je nak tunjuk pasangan curang tanpa katil.haha.
Sape yang rindu pada Vanida Imran boleh tengok filem ni. Vanida bawak watak dia dengan sangat baik.
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq