join admya di FB

Slot Akasia: Bicara Cinta





Assalamualaikum
Adi putra kembali dengan drama adaptasi novel Bicara Cinta. Drama ni bakal ditayangkan di Slot Akasia
Arahan: Along Kamaruddin.


Sinopsis
Anis Sofea, gadis metropolitan berwajah Pan-Asia terpaksa mengharungi liku-liku kehidupan yang amat getir dan asing jauh dari hiruk pikuk dunia moden. “Entah Mat Salleh mana yang buntingkan emak kau! Anak aku pulak kena jadi pak sanggup!” “Nenda!!! “Heh! Jangan panggil aku nenda! Aku bukan nenek kau!” Puan Sri Mahzan semakin berang bila Anis mula meninggi suara. Selepas kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya, Anis disisihkan. Dengan hati yang luka dia membawa diri menjejaki asal usul ibunya di Bumi Kenyalang. “Kamek tok teringin nak bermenantukan kitak. Nilah satu-satunya cara impian kamek tok jadi nyata. Kamek merayu pada kitak, Adee.” (“Aku tu teringin nak bermenantukan kau. Inilah satu-satunya cara impian aku menjadi nyata. Aku merayu pada kau Adee.”) Tok Ali menangis sambil memeluk lengan Adee. Adee terpempan. Antara rela dengan tidak Anis dijodohkan dengan Adee yang mempunyai sejarah silam dengan keluarganya. Mampukah mereka membina istana bahagia tanpa cinta?

pelakon
adi putra
emma maembong
azrel ismail




Comments