Datuk Farid Kamil berganding semula dengan Lisa Surihani dalam Perlindung Seorang Puteri adaptasi novel karya Mia Kiff.
Sinopsis:
Mahunya tak terkejut, tiba-tiba muncul seorang lelaki menuntut janji nak berkahwin dengan dia? Katanya mereka pernah berjanji satu ketika dulu? Bila? Semasa kecil? Rose mana ingat? Melihat kesungguhan Saiful, akhirnya Rose terbuka hati menerima Saiful sebagai suami. Selepas berkahwin, ibu mentua, Mak Dak Liza masih tetap membenci Rose atas satu punca yang dia sendiri bingung. Salahnya dicari dan aibnya dicanang. Saiful pula, sentiasa membuatkan Rose tertekan dengan sikapnya yang aneh dan tak disangka-sangka. Sekejap penyayang, sekejap menyakitkan dan Rose cuba untuk bersabar.
“Ada tak, rahsia yang awak sembunyikan dari saya?”
“Ada. Abang ada penyakit…”
“Hah? Penyakit apa?”
“Penyakit gila…” Saiful merenung tajam wajah isterinya. Rose kecut perut, janganlah dia mengaku hal sebenar.
“Gilakan Rose…” Saiful mengekek tawa, padahal jantung Rose bagaikan mahu meletup kerana terlalu takut.
“Jadi, berikan abang kasih sayang Rose agar abang selalu sihat…. “
Tak sangka, Saiful berahsia yang dia merupakan pesakit mental Obsessive-compulsive disorder (OCD) yang perlu bergantung pada ubat. Bagi Saiful, Rose penyembuh dan bagi emaknya, Rose punca. Adakah alasan itu menghalalkan kelukaan buat Rose atau Saiful cuma gunakan alasan sakit itu demi melindungi sisi jahatnya?
“Betapa aku derita mencintai seorang perempuan bernama Rose. Hanya satu cara untuk menghilangkan sakit yang aku rasa, kau harus mati! Kalau kau nak terus hidup, sentiasa sihatkan jiwa aku dengan kasih sayang kau. Jangan sesekali buat sesuatu yang aku benci. Faham?” Muncul Hazril menjadi pelindung buat dirinya. Mampukah Rose menempuhi alam berumah tangga yang penuh onak duri ini atau Rose berundur akhirnya? Bahagiakah Rose dengan jalan yang dipilih? Siapakah yang menjadi Pelindung Seorang Puteri?

Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq