join admya di FB

Slot Akasia: Seindah Tujuh Warna Pelangi



Adaptasi novel karya Eman Sufi. update ep 24. 2020

Sinopsis:

Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman! Kepulangannya itu menggamit semula kenangan yang cuba dilupakan. Sakitnya luka lama masih terasa!



“ Kau ni memang kejam kan? Kau tinggalkan dia tanpa tanya khabar. Hilang macam ditelan bumi dan sekarang kau tergamak muncul depan dia dan kenalkan diri kau Auntie Aira? Ibu jenis apa kau ni?”

– Andika



“ Bukan ke abang juga yang cakap dulu, lepas kita bercerai... abang dan Sofia bukan sesiapa lagi dalam hidup saya dan begitu sebaliknya... Jadi jangan tayang muka yang kononnya saya ni teruk dan abang tu baik sangat” – Aira



Sedar kesilapan diri yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga yang dibina, Andika membuang rasa ego dan kembali memujuk . Sayangnya, tiada lagi ruang buatnya di hati Aira.


"Apa yang berlaku dulu tu tak boleh ke kita lupa saja. Kita balik macam dulu sebagai suami isteri.” – Andika


"Saya tak ada rasa cinta pada abang. Kalau masih ada pun, saya tak boleh maafkan perbuatan abang yang gunakan saya semata untuk capai impian dan cita-cita abang. Abang dah bakar hangus semua kepercayaan dan cinta yang saya berikan – Aira


Sehingga satu tragedi berlaku membuatkan segalanya berubah 360 darjah. Adakah tragedi yang menimpa Aira satu musibah ataupun hikmah? Apa yang pasti Andika menggunakan peluang yang ada untuk membetulkan kesilapan lama.

Lakonan :
Aeril Zafri, Nabilah Razali, Hun Haqeem, Raja Afiq, Elly Mazlien, Wilma Mohamad, Jalaluddin Hassan,










Komen pembaca novel:
Kisah mengenai perkahwinan antara sepupu, Andika dan Aira berdasarkan berlainan matlamat. Andika mengunakan perkahwinan untuk mendapat harta bahagian Aira yang diwarisi daripada datuk mereka sedangkan Aira menerima perkahwinan atas dasar cinta.
Mengisahkan Andika dan Aira yg bercerai sebab salah faham dan angkara org yg dengki dengan Andika. Tapi diorang kahwin semula selepas Aira accident dan hilang ingatan sebab bagi Andika itu je cara untuk dia dapatkan bekas isteri dia balik. 

kisah hilang ingatan  macam aira pernah terjadi lecturer  admya- dia ingat hanya sampai umur 20an ..

youtube link. all episodes

Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq