join admya di FB

Leon Zalikha







Assalamualaikum semua,
Nantikan drama terbaru Lailer(Riena Diana- Kampung People)
Terbitan: Orangetreeproduction
Jumlah episode : 30
Channel : RTM
Arahan: Shuhaimi Lua

Sinopsis:
Drama Leon Zalika mengisahkan tentang Zalika (Riena Diana) yang telah tawar hati untuk bercinta lagi dengan mana-mana lelaki setelah dikecewakan oleh lelaki Melayu dan lelaki dari negara Jerman. Dia akhirnya terpaksa bersetuju dengan pilihan ibu bapanya iaitu lelaki berdarah campuran Melayu Inggeris untuk dijadikan calon suaminya. Lelaki itu bernama Leon (Dini Schatzmann), seorang yang aktif dengan kerja-kerja amal bersama NGO Islam di Perth, Australia. Leon telah lama menetap di London dan akhirnya di Australia. Zalika tanpa berfikir panjang telah menerima cadangan ibu bapanya kerana menjangkakan Leon yang lama menetap di luar negara mestilah berfikiran sosial sepertinya. 

Anita (Mona Allen) sepupu kepada Zalika pula semakin cemburu dengan kehidupan Zalika kerana sering tidak bernasib baik seperti Zalika. Firas (Mathni Razak) pula mempunyai agenda jahatnya tersendiri ingin membalas dendam sejak bekerja di Jentayu Holdings. Dayana (Nadia Brian) bekas kekasih Leon akhirnya berjaya mendapat alamat Leon di Kuala Lumpur. Dia akan bertemu Firas dan merancang sesuatu untuk mendapatkan semula Leon dengan apa jua cara sekali pun. Bagaimana nasib Leon dan Zalika? Adakah bahagia milik mereka? Jangan lupa saksikan drama leon zalika sepanjang ramadan ini. 



Turut berlakon:

  • Dini Azan Schatzmann - Leon( dia ni pakwe Janna Nick tu) 
  • Maria Farida- Datin Sri Yasmin
  • Mustapha Kamal- Dato Sri Zakuan
  • Mona Allen
Tonton Leon Zalikha




Comments