join admya di FB

Ombak Rindu Mini Siri Iflix




Salam drama, 
Pasti peminat filem Ombak Rindu teruja dengan kedatangan Ombak Rindu mini siri yang bakal dilakonkan oleh Remy Ishak dan Izara Aishah.  Link ada di bawah. Iflix cuba melengkapkan siri ini dengan sambungan adaptasi  Cinta Tiada Akhirnya dan Rindu Cintaku iaitu sambungan Ombak Rindu.
Jumlah episode : 4
 Sinopsis: Ombak Rindu
Hubungan Hariz dan Izzah terlerai akibat salah faham.

Sinopsis Cinta tiada akhirnya
Rentetan perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di ‘Ombak Rindu’ dipanjangkan lagi di dalam ‘Cinta…Tiada Akhirnya’.

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.


Sinopsis rindu cintaku
Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoaannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. Namun membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andainya mampu ditebus kesilapan apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? Atau.... Nyawa?


Tonton/ Download Ombak Rindu The Series

Para pelakon:









Belakang Tadbir:






























follow admya di facebook
nanti admya update lagi ye

Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq