Manuskrip Cinta


Salam.
Nantikan drama adaptasi novel karya Syamnuriezmill di TV1.
Jumlah episode: 20
Arahan: Jamal Khan
Terbitan:  ZamriezGoldenPictures
Sinopsis:


Mengisahkan Aryani, seorang penulis sepenuh masa. Aryani suka bereksperimen dengan manuskrip untuk mencari kelainan dalam setiap manuskrip yang ditulisnya.

Manuskrip keempat tulisannya tidak diberi pelepasan oleh editor, Kak Adibah yang merasakan kisah cinta yang ditulisnya terlalu kosong tanpa watak antagonis. Kak Adibah mencabar Aryani untuk jatuh cinta jika dia mahu menulis kisah cinta yang menyentuh perasaan dan lebih dramatik. 

Watak asal yang ditulis dalam manuskrip Aryani sebenarnya berdasarkan watak Dr. Rian Akasyah, seorang doktor pakar jantung, cardiologist yang menyewa dirumah sebelahnya. Dian selalu memerhatikan gerak-geri Rian, mengambil tahu pasal kerjaya Rian dan hal-hal berkenaan dengan hidup seorang doktor pakar jantung. Tunang Rian, Helena juga diselitkan dalam manuskripnya.

Gara-gara Kak Adibah menyuruhnya bercinta, Aryani terpaksa mencari boyfriend tikus putih untuk eksperimenkan cinta dalam manuskripnya. Dian meminta kawan baiknya, Gee untuk carikan teman lelaki. Tanpa disangka, diperkenalkan dengan lelaki yang bermulut loji yang pernah dijumpai dahulu iaitu Dr Izak Ashaal yang juga kawan baik kekasih Gee, Effan.

Dr. Izak Ashaal, merupakan doktor pakar tulang, orthopedist. Masalah mula timbul setelah Aryani mendapat tahu yang Izak ada agendanya tersendiri dengan Effan.



Pelakon:








follow admya di facebook
nanti admya update lagi ye

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...