join admya di FB

Slot Akasia: Utusan Cinta Buat Adam





Salam semua,
Kamal Adli  dan Puteri Aishah akan muncul di Slot Akasia dalam Drama Adaptasi Novel karya Myra Ammer berjudul Utusan Cinta Buat Adam.
Jadual tayangan: 3 July 2019
Arahan: Along Kamaludin
Update ep 27 ( Hari ini episode akhir)
Sinopsis:
Tentang Doktor Aireen yg dlm usia mencecah tiga series, mengimpikan lelaki beriman sbg jodohnya. Pertemuan beberapa kalinya dgn Adam, di rumah Allah, menerbitkan rasa halus di jiwanya. Lantas dia menghulur lamaran demi usahanya mendapatkan apa yg dirasakan terbaik untuknya. 

Lamarannya diterima baik oleh Adam yg ketika itu tidak punya sesiapa. Bercintalah mereka dlm ikatan halal...menikmati indah & bahagianya. Namun tiadalah bahtera andai tidak dipukul ombak & gelombang. Adanya manusia2 yg hitam hatinya...yg tiada redha dengan takdir Allah, sehingga sanggup mengirimkan sengsara & derita agar Adam & Aireen berpisah jiwa & nyawa. Keangkuhan Tok Wan dan kejahatan Liyana membuatkan Mahligai bahagia yang dibina hampir rebah. Kesetiaan dan Pengorbanan menjadi benteng segala.am tetap utuh dengan cintanya buat Aireen. Biar Aireen diduga, dia setia berjaga. Dia rela dibenci, jika akhirnya cinta yang menanti. Kerana dia tahu, Aireen tercipta untuknya. 


Lagu tema:Sharifah Zarina- Penuh Bahagia

Sinopsis novel:
Sibuk mengejar cita-cita, di usia awal tiga puluhan, Aireen masih menyendiri lagi. Puan Azra asyik mendesak tetapi jawapan Aireen tersangatlah mudah. Jodohnya masih tersesat entah di mana dan dia hanya menginginkan lelaki kaki masjid untuk dijadikan suami. Adam Firdaus, umurnya juga sudah di ambang pertengahan tiga puluhan. Tapi Adam kata sekiranya ada perempuan yang berani melamarnya, dia akan terima. Tiga kali ternampak Adam di Masjid Besar Kuantan, Aireen sudah terjatuh suka tetapi masalahnya, dia tidak kenal siapa gerangan orangnya. Sebaik mengetahui Adam adalah anak kenalan ibu saudaranya, Aireen langsung menyuruh ibu saudaranya mengirimkan utusan melamar Adam untuk dijadikan teman sehidup semati.

“Ermmm… Bakal isteri Adam tu macam mana orangnya?” – ADAM

“Kata tak kesah?” – HAJAH ROSNAH

“Memanglah tak kesah tapi mak dengan Ina buat Adam tertanya-tanya. Buruk sangat ke rupa dia?” – ADAM

Begitulah kisah Adam dan Aireen. Kisah encik pensyarah dan seorang doktor bedah. Biar tak pernah bercinta tetapi perkahwinan mereka bahagia disulami gurau dan tawa.

“Dia tu patient Aireen.” – AIREEN

“Kacaknya patient. Tak terpikat ke?” – ADAM

“Abang nak suruh Aireen pikat dia ke?” – AIREEN

“Yalah, orang tu Tengku. Abang ni siapalah kan dan apalah yang ada?” – ADAM

“Abang tu suami Aireen. Dia tu yang bukan sesiapa.” – AIREEN

Kata orang, kalau sayang setinggi langit pasti dugaannya akan sedalam lautan. Ketika sedang melakar bahagia, kasih sayang Adam dan Aireen teruji hebat.

“Allah menguji kerana Dia tahu kita mampu melaluinya. Kerana Dia tahu kita kuat. Tapi kenapa terlalu cepat sayang mengalah? Sayang tak percayakan ketentuan Dia?” – ADAM

“Jika Hawa diciptakan untuk Nabinya Adam, maka abang, Adam Firdaus telah diciptakan untuk Aireen walaupun mungkin untuk seketika. Aireen tak pernah ragu akan kekuasaan dan kebesaran Dia kerana Aireen juga adalah makhluk ciptaan-Nya. Makhluk yang tak pernah sempurna. Dan, Aireen dah reda dengan kekurangan Aireen, abang.” – AIREEN

Bagaimana dengan cinta Adam pada saat Aireen melepaskan Adam pergi mencari cinta yang mampu membahagiakannya? Adakah mampu Aireen melepaskan Adam pergi sedangkan hatinya milik Adam seorang?





Download drama:






follow admya di facebook
nanti admya update lagi ye

Comments