join admya di FB

Mega Drama Sweet Dream : Mira Filzah dan Ben Amir




Novel karya Acik Lana.So sweet!Update ep 20. Last episode already!
Walaupun Putri sudah berumur 26 tahun, dia masih lagi clumsy. Selalu saja dapat kemalangan kerana sifatnya yang sangat kelam-kabut. Kerana itu, dia jadi ejekkan di tempat kerja. Dia selalu saja rasa rendah diri. Nama Qash Adam amat terkenal dalam dunia seni lukis. Tetapi tiada siapa pun tahu bagaimana rupanya. Dia lebih suka menyendiri kerana kisah lalu yang perit. Ia bermula dengan kebolehannya untuk 'melihat masa depan'. Kehadiran Putri dalam mimpinya menjadi tanda-tanya pada Qash. Putri hairan kerana telah beberapa kali Qash menyelamatkannya. Superhero? Spiderman? Siapa Qash sebenarnya? Jalan hidup mereka seakan-akan bertaut. Saling memerlukan. Apakah yang akan terjadi bila mereka bersama?


Sinopsis novel:
Putri - Gelaran seperti Ratu Kelam Kabut, Minah Clumsy sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil lagi. Habis semua tiang dan dinding dia langgar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang. Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tak balance?
.
Namun beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu mutant atau superhero? Datangnya sering tanpa isyarat.
.
“Just tell me, kenapa you selalu muncul bila I susah? Macam mana you tahu semua benda tu akan berlaku?” ~ Putri.
.
Qash Adam - Kesengsaraan hidup di zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. ‘Anugerah’ yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban. Dihina, difitnah, dicaci kerana punya ‘kuasa magis’ membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan? Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Datangnya dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.
.
Namun kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Siapa gadis itu? Apa hubungkait antara mereka berdua? Dan dari satu pertolongan ke satu pertolongan mula menjelaskan maksud yang tersirat disebalik mimpi. Pentingkah kehadiran perempuan bernama Putri dalam hidupnya nanti?
.
“This might sound weird, Putri. But I’m different. Diri I tak macam orang lain.” ~ Qash Adam
.
Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar. Namun sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin kemudian bercinta.
.
Tapi di pengakhirannya… bagaimana?








Para pelakon:


admya:
tahap gula tinggi drama ni




follow admya di facebook

nanti admya update lagi ye

mohon maaf download link tiada buat masa ini.

Comments

  1. kamsahamnida. saya tak sempat nak layan kat astro. penat kerja. adanya link download ni, sempatlah saya layan kat desktop time weekend. thanks! ;)

    ReplyDelete
  2. kenapa tak dapat buka episod 8? :'(

    ReplyDelete
  3. Sy tunggu update SD episod seterusnya, terima kasih

    ReplyDelete
  4. Episode 1, 2, 3, 4, kenape sudah tak bise download ye?

    ReplyDelete
  5. Hai, saya dari Indonesia. Mau tanya, episode 8 linknya gak bisa di download? Terima Kasih

    ReplyDelete
  6. Terima kasih sebab buat download , hargai sangat

    ReplyDelete
  7. SD episod ada berapa ye?
    Terima kasih buat download
    Hargai sangat, suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. episode 16. sama-sama
      selalu lawat sini yer

      Delete
    2. Bila ada drama best sy tgok bkn semua sy tgok, sy baca nvl jdi tertarik nk tgok, cari2 jumpa blog admya ni, ada buat download, suka sgat, nk tgok tv x dan, jdi download, tkasih sebab buat download

      Delete
  8. episode 11-20 saye tak boleh download, kenape eh ? die cakap file does not exist on this server ? bantu jawab eh

    ReplyDelete
  9. Macammana download?

    ReplyDelete
  10. Mana link untuk downloadnya?

    ReplyDelete
  11. Hi, Can I have the download link please?

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq