join admya di FB

Drama Ajari Playboy Itu


Salam,
Nantikan drama Ajari Playboy Itu terbitan Pena Creative di Slot Dahlia TV3. Lakonan Fendy Bakry dan Emma Maembong.Mulai 7 Julai 2019
Jumlah episode: 20
Pengarah: Kyol Hamzah





Sinopsis drama:
Haris malu dan marah bila Aida memarahinya di hadapan pelangan butik kafe ketika Haris sedang memikat seorang gadis. Aida kecewa Haris yang kini kekasihnya, masih lagi berperangai playboy. Pertengkaran mereka berakhir dengan Aida meletak jawatan dan meninggalkan butik kafe tersebut dalam keadaan tergesa-gesa.

Ketiadaan Aida memporak-perandakan kehidupan Julia dan Hana. Mereka yang sedang sibuk dengan kerjaya masing-masing terpaksa bergilir-gilir menguruskan butik kafe H&J, sedangkan Haris bersikap ‘lepas tangan’. Mengamuklah Julia dan Hana pada Haris. Tapi Haris berkeras mengatakan dia tak patut dipersalahkan jika Aida sendiri yang perasan, sedangkan dia tak pernah menganggap Aida lebih dari kawan biasa. Padahal Julia dan Hana sendiri pernah menyaksikan bagaimana Haris terlebih ‘caring’ kepada Aida sehingga Aida jadi perasan begitu.


Para pelakon:

  • Fendy Bakry
  • Emma Maembong
  • Jaja Iliyes
  • Lukman Hafidz



follow admya di facebook
nanti admya update lagi ye

Comments